MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, May 6, 2011

HOME MADE PIZZA

Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/3195
 
Bahan-bahan (loyang 11")
** Untuk doh pizza ** 200g / 2 cawan tepung gandum
  • 20g / 2 st yis segera
  • 3g / 1/2 st garam
  • 5g / 1 st gula
  • 10g / 2sb minyak sayuran atau minyak zaitun
  • 1/2 cwn air suam untuk menguli
** Untuk sos pizza **
  • 1 labu bawang besar - cincang halus
  • 2 ulas bawang putih - cincang halus
  • 2 biji tomato - cincang halus
  • 2 sb minyak masak
  • 3 sb tomato puri
  • 2 sb sos tomato
  • 3/4 st gula
  • 1 st oregano
  • garam & gula
** Untuk Topping **
  • Udang, sosej, daging ayam, daging lembu
  • Lada benggala hijau atau merah, tomato
  • Cendawan butang, bawang besar, nenas
  • Keju untuk pizza
Cara-cara
** Untuk doh pizza **
  1. Campur tepung gandum,yis,garam,gula dan minyak dalam mangkuk besar. Gaul rata. Masuk air suam sikit2 dan uli hingga jadi doh lembut & tidak lekat di tangan.
  2. Sukatan air bergantung pada tepung gandum yang digunakan, agak2 supaya doh tidak melekat di tangan. Masuk doh dalam bekas besar yang telah disapu sedikit minyak.Tutup bekas dgn plastik cling.
  3. Letakkan mangkuk dalam tempat yang panas selama 60minit supaya doh naik sekali ganda.
  4. Minyakkan acuan pizza atau loyang yang nak digunakan. Canai doh menjadi bulat setebal 2cm. Masuk doh dalam loyang hingga menutupi loyang. Biarkan sebentar 10minit supaya kembang sedikit.
  5. Cucuk adunan dengan garpu supaya tak gelembung semasa membakarnya. Kemudian bolehlah disapu permukaannya dengan sos pizza.
  6. Parutkan 1/3 keju. Taburkan pula sayur,daging atau ayam serta bahan2 lain mengikut selera sendiri. Akhir sekali taburkan baki keju tadi.
  7. Bakar selama 25-30minit pada suhu 200 degree.
** Untuk sos pizza **
  1. Tumis bawang hingga naik bau. Masuk bahan2 yang lain. Masak sampai agak pekat. Tutup api & sejukkan sebentar.


    9 comments:

    Anna Qawina said...

    huhu..siyes..tak pernah wat pizza sdri..dah penat dah study resepi tp tak buat2 lagi..haha

    tun_telani said...

    tahniahh!!! tun dr zaman sekolah duk kt dapur kacau mama godek2 pizza. aktiviti masa lapang. hehe.. meriah betul nmpk topping pizza akak. mmg best kalau wat sendiri, blh letak toping byk2.

    lina said...

    salam kak sam - apa khabar...wah buat pizza mewah nya topping nya...lama dh tak buat pizza.

    Diana @ Melley Mey said...

    assalamualaikum kak sam..
    wah terliur tgk tau... nak sepotong... ;)

    Mas said...

    pizza....sedappnya....
    meh sebiji pizza tu kak sam....

    ady said...

    as-salam
    gebunya pizza...mesti sedap ni..sungguh menyelerakan yummy..

    cik cek said...

    Salam Sam...

    Lama rasanya tak jenjalan sini ek...sam pekabo....sihat dan ceria selalu ya...

    Wah! pas ni tak yah makan Pizza Hut ke Dominos Pizza....nak makan pizza leh order je kat dapo sendiri...jimat belanja... :)

    Zaliedana said...

    Akak,pasni xyah dah beli pizza kan,wat sendrik leh suka ati nak letak topping pa n byk mana pong..

    nOOrsha said...

    aiyark..mane cbox kat umh ni? ilang ke? da repot polis lom? yelah, menda dok boh kat pekarangan umah mmg salu je lesap skang ni..bebudak ni bkn blh caye sgt..ahahah...bak mai pizza satu, td x sarapan pon..kekeke