MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, June 21, 2011

CUBAAN KE 2 - COKLAT CHIP MUFFIN


Bahan-bahan (18 biji )
  • 250gm tepung
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1/2 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu besar serbuk koko
  • 175gm gula
  • 150gm coklat cip~ saya guna coklat urai
  • 250ml susu segar
  • 90ml minyak
  • 1 biji telur A
  • 1 sudu teh esen vanilla
Cara-cara
  1. Gaul semua bahan kering dalam satu mangkuk.
  2. Gaul bahan basah dalam mangkuk lain n masukkan campuran bahan kering tadi. gaul rata, masukkan coklat cip, gaul lagi.
  3. Letak dalam papercup, tabur coklat cip lagi jika suka (jun x isi ni). bakar selama 20min. 

Sekadar Renungan.
Hari ni saya telah dilantik menjadi Panel Temuduga. Apabila calon diminta untuk menjelaskan diskripsi tugas bagi jawatan yang dipohon, 80% tidak dapat menjawab soalan tersebut sedangkan ianya telah dinyatakan dengan jelas dalam iklan yang disiarkan. Ini jelas menunjukkan bahawa calon sendiri tidak serius dan tidak membuat persediaan yang secukupnya sebelum hadir ke sesi temuduga. Sayang sekali apabila perkara yang penting dalam hidup tidak diambil serius. Siapakah yang harus dipersalahkan jika kadar pengangguran di negara ini meningkat?


    4 comments:

    HomeKreation said...

    Salam KakSam. Sedap nya mapin. Baru beli cup tp projek tak jln2 lagi. Kesian gak org yg di temuduga tu ya... Along pun ada gak interview tp kita cuba gak kasi tips2 sbb kekadang they all tu smart tp kurang paham tapi yg penting tunjukkan sikap bersungguh2 & jujur.

    Mas said...

    cantik mapin tu naik..
    nak seketoi kak...

    Diana @ Melley Mey said...

    mmg cantik muffin tu... anak2 pasti suka makan bab coklat2 nie...

    tun_telani said...

    sedapnyer mapin akak.. comgratz jd cantik ^^

    owh... nnti pas hbs master ni, kalau tun nk gi interview blh laa minta tips ngan akak.. hihi