MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, June 12, 2011

NASI GORENG KAMPUNG

Assalamualaikum......
Nampaknya semangat berblog telah kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya. Semoga akan terus diberi ruang dan kesempatan untuk terus berbicara di sini. Sudahkah anda bersarapan pagi? Jika belum dan terdapat nasi putih sejuk di dapur sila le cuba resepi ni. Sedap, tapi resepi ni bukan le hak milik saya ianya di ambil dari SINI. Cuma saya tambah keropok ketika menghidangkannya. Ok le selamat berhari minggu.


RESEPI NASI GORENG KAMPUNG
Sumber: Potret Kasih


Bahan-bahan
  • Nasi sejuk ( angaran 4 orang makan )
  • 2 keping dada ayam ( potong kecil2 )
  • 1 ikat sayur kangkung
  • 2 biji telur
  • Ikan bilis goreng
  • 1 labu bawang besar ( ditumbuk kasar )
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk)
  • 10 biji cili padi ( boleh kurang @ lebih ikut citarasa ) – di tumbuk kasar @ dipotong2
  • 1 inci belacan ( ditumbuk )
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis
  • garam
  • serbuk perasa ( jika suka )
Cara penyediaan
  1. Tumis bahan tumbuk hingga wangi kemudian masukkan isi ayam, kicap dan sos tiram. Kacau.
  2. Bila isi ayam kecut dan masak masukkan telur kemudian kacau.
  3. Masukkan sayur2an dan nasi. Gaul dan masak nasi goreng hingga rata dan sayur2an tadi layu.
  4. Sesuaikan rasa nasi goreng dengan garam dan perasa, bolehlah diangkat.
  5. Semasa menghidang taburkan nasi goreng dengan ikan bilis goreng dan cili potong ( jika suka ).


    2 comments:

    Ida,Japan said...

    dah b/fast, masuk umah k'sam, nmpk lak nasi goreng kg, ida suka ...kalau kat m'sia, kalau kaur mkn, suka order nasi ni...ada lagi kak, mintak sepinggan..rindu ngan beras M'sia..beras jepun tak sedap wat nasi goreng sebenarnya

    Acik Erna said...

    Assalam sam..nasi goreng kampung memang sedap...boleh buat sendiri pun..kalau pi makan kat luar nak mintak menu ini jugak kan..