MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, July 24, 2011

Baru nak belajar

Assalamualaikum....
Aman rasanya bila aqil lena dengan mudah sekali. Kalau tak macam2 benda yang dibuatnya, kalau ke dapur mesti akan dituruti dan sasaran utama adalah almari tempat menyimpan segala mangkuk akan dipunggahnya. Alhamdulillah semalam berkesempatan ke Queensbay untuk membeli stand mixer. Sampai je di sana terus menuju ke Daiso dan syukur kerana alat yang diimpikan tersusun elok di raknya, apa lagi sambar 2 botol dan bila dah masuk situ memang tak sah kalau tak mengambil alat2 yang tergantung dan tersusun rapi tu. Hehehe maka pulus yang disimpan untuk ber'shopping' di langkawi selamat le di Daiso. Pagi ini botol tu dah mula berbakti kepada tuannya. Tapi kelakar le kejadiannya tak cantik macam kat rumah sifu2. Takpe..takpe... baru nak belajar menjala le katakan. Practice make perfect ayat penyedap hati. Ok le resepi ni saya ambil dari balik pulau yang mana datangnya dari kuantan dan kuala terengganu. Hehehe sekali hadap je terus licin. Lagi 1 durian pun dari balik pulau jugak. Errrmmm memang sedap.


RESEPI ROTI JALA
Resepi : Ummi Kuantan
sumber : K.Nor@SecubitGaram
sumber: Sofea@after6am

Bahan-bahan:-
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan air
  • 1 bj telur
  • 1 sudu kecik garam halus
  • beberapa titik pewarna kuning
Cara:-
  1. Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sebati.
  2. Perapkan selama 1/2 jam .
  3. Panaskan kuali dgn api sederhana.
  4. Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
  5. Tebar/kirai adunan atas kuali.
  6. Biarkan hingga roti jala tu masak.
  7. Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2.

RESEPI KUAH DURIAN

Bahan-bahan:
  • 2 cawan santan pekat @ fresh milk
  • 1 cawan air
  • air gula merah~ saya tak letak
  • garam
  • 1 sb tepung jagung ~ bancuh dgn sedikit air
  • 1 helai daun pandan ~ simpul
  • isi durian 
  • Gula ~ ikut tahap kemanisan yang digemari (saya hanguskan sedikit untuk memberikan warna pada kuah)
Cara:
  1. Masukkan santan, air, garam , air gula merah yg telah ditapis dan daun pandan ke dalam periuk.
  2. Kacau selalu hingga mendidih, perlahankan api dan tuang sedikit2 bancuhan tepung jagung ~ ikut la nak kuah pekat mcmana.
  3. Akhir sekali masukkan isi durian kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan bersama2 roti jala , roti benggali @ serabai.



    12 comments:

    Deliah's Deli said...

    rajinnya menjala,nmpak mcm dpt durian :) ni klu tghari ada lebih blh cicah ngan gulai plak..sedapnya! :)

    Mas said...

    nak sepinggan kak..
    kuih doyan kasi lebihh yerk....

    anymz said...

    cantiknya jala tu sam..meh sikit nak rasa..:)

    Kak Sam said...

    Del..
    tak sempat pun sampai tengahari. Pring tu un dah elok berdiri kat rak.

    Kak Sam said...

    Mas...
    Kena guna sistem bater tau. Kalau akak bagi sepinggan apa yang akan akak dapat erk? ..... Psttt BM boleh tak?

    Kak Sam said...

    Kak Anymzz...
    Saya utang akak 20 sen yea.

    kasihredha said...

    cantik jala tu...
    makan dgn kari pun sedap...kuahr
    durian pun sedap...perggghh

    EmbunRosaliza said...

    assalam kak sam, dah cantik tu roti jala, oh sedap ek mkn ngan kuah durian, kalo umah akk tau mkn ngan kari je hehehe

    Amie said...

    Kak Sam,
    lawa pulak menengok roti jala tu... sejuk2 begini, sedapnya kalau ada depan kita... he hehehh

    dZana said...

    aslm Sam.. sedap ni.. mcm rasa nk buat pulak..

    azieazah said...

    Lama sungguh saya tak buat Roti Jala. Acuan pun ntah ke mana terbangnya. Saya tak tahan berdiri depan dapur lama-lama.

    tapi Kuah Durian tu sungguh menggoda perasaan!

    Melepak Tanpa Kepak...!

    ibundo said...

    bundo tengok cantik jer jala tu sam. Boleh dapat ikan tu hehe..