MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, August 13, 2011

Janji perlu ditepati

Assalamualaikum.....
Nama je cuti tapi kerja tak habis-habis. Bukan mengeluh tapi saja nak memulakan celoteh. Baru selesai mengemas dan menyimpan barang-barang yang di borong di Tesco Extra tadi. Jadi sementara nak tunggu azan zohor buka le lappy ni sat. Lagipun rasa macam tak seronok je sebab janji minggu lepas masih belum ditunaikan. Ok le, inilah dia resepi ayam masak merah yang saya buat pada sabtu minggu lepas. Saya ambil resepi dari Home Sweet Home yang sememangnya ramai pengunjung tu. Thanks Kak Ummi for sharing this yummy recipe. Memang sedap. Minta izin yea CnP resepi kat sini.


RESEPI AYAM MERAH TOMATO
Resepi: Ummi @ HomeSweetHome

Bahan:-
  • 1 ekor ayam - dipotong 12/14 - bersihkan
  • 2 biji tomato - didadu kecil
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar pes tomato
  • 2 sudu besar cuka makan
  • 2 sudu besar cili kisar (*update - sori termissed)
  • 4 sudu besar gula
  • 1/4 cawan air
  • garam secukup rasa
  • minyak secukupnya
Bahan Kisar :-
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
Bahan Tumis :-
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum cengkih
Cara Memasak:-
  1. Ayam digaul dengan serbuk kunyit dan garam secukupnya. Perap 20 minit dan goreng separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumis hingga naik bau dan masukkan bahan kisar, cili kisar serta tomato dadu. Kacau sekejap.
  3. Masukkan semua sos, cuka dan air. Masak mendidih sebentar.
  4. Masukkan ayam dan gaul balik biar sos rata pada ayam.
  5. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  6. Masak hingga agak pekat dan tutup api. Hidangkan dengan nasi tomato atau nasi minyak ikut citarasa.


    2 comments:

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum sam...
    tgk ayam tu mmg sungguh menyelerakan sekali.. suka ngan resipi mcm nie.. anak2 suka mkn

    Mas said...

    peberet anak2 mas ayam ni...
    sedapnya tengokk...