MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, August 25, 2011

Mungkinkah yang terakhir?

Assalamualaikum....
Pasti semua orang sedang sibuk membuat persediaan untuk merayakan hari kemenangan umat islam tidak lama lagi. Semakin hampir harinya semakin banyak perkara yang perlu dilakukan. Mungkinkah ini n3 terakhir? Tunggu dan lihat je la. Tahun ini semuanya serba sederhana dan tidak banyak persiapan yang dibuat. Namun ada beberapa perkara lagi yang perlu dilakukan sebelum hari sabtu. Sepertimana yang dimaklumkan di n3 sebelum ni, perjalanan pulang ke kg akan dilakukan pada sabtu petang. Insyallah akan berada di kg selama seminggu. Jadi dalam tempoh tersebut mungkin tak dapat nak online. Masa yang ada akan dihabiskan bersama keluarga tercinta yang jarang2 sekali dapat berkumpul. Ok le sebelum mengundur diri saya nak kongsikan kukis yang dah lama diidam-idamkan. Baru 2 malam lepas dapat direalisasikan. Terima kasih kepada kak ummi kerana sudi berkongsi resepi ini di home sweet home. Izinkan saya cnp di sini.


BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Sumber: Kak Ummi Kuantan

Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter
  • 1/2 cawan gula kastor
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya


Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata.
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata.
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata.
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara. 
Nota 1: Oven saya mengambil masa selama 25-30 minit untuk menghasilkan biskut bebola yang rangup. 

Nota 2: Teringin sangat nak buat biskut suji kristal tapi macam tak sempat je. Tunggu lepas raya je la.


    10 comments:

    Hamie Majid said...
    This comment has been removed by the author.
    izahdaut said...

    kak sam.. selamat dalam perjalanan yee.. dan selamat hari rayayaa..maaf zahir dan batin jika tersilap kata mengguris jiwa

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum sam..
    seronoknya balik kampung... jaga diri tau sam.. hati2 d jln raya... moga sampai dengan selamat d kg.. pasti meriah kan suasana raya kat sana.. Selamat hari raya aidilfitri buat sam sekeluarga... Maaf zahir batin...
    biskut tu nampak sedap ler sam... comel jer akak tgk.. cantik

    Kak Sam said...

    Izah n Kak diana...
    tqvm. Tak sabo dah ni.

    Nur said...

    Wah, biskut cornflakes. Tahun ni Yati tak buat cornflakes, busy punya pasal. Selamat hari raya, kak Sam. :)

    Mamasya said...

    Slmt Menyambut Hari Raya Aidilfitri buat Sam sekeluarga,maaf zahir batin.slmt pulang beraya di kg

    Azlita Aziz said...

    SELAMAT HARI RAYA
    Maaf Zahir dan Batin

    Dari
    Azlita
    Masam Manis

    azieazah said...

    Ramadhan berlalu, Syawal menjelma,
    Sedih terasa di celahan gumbira,
    Hari Raya dirai bersama,
    Tersilap kata ampunkan saja.

    Selamat Hari Raya
    Maaf Zahir Batin

    Anonymous said...

    salam, selmt hari raya..

    Sue Nahar said...

    Salam. Selamat hari raya. Kak Sam nya FB apa yea. Kalau ada reply kat blog saya yea. Tq.