MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, August 15, 2011

Takde rezeki lagi

Assalamualaikum.....
Semalam teringin sangat nak buat dan makan cecemik tapi malangnya kelapa parut mahupun santan telah kehabisan di kedai. Mana taknya orang beli barang pagi2 tapi kita pergi kedai lepas asar mana le nak ada kan. Kecewa le sangat rasanya. Godek2 stok dalam peti ais tengok ada yogurt yang hampir tamat riwayatnya. Apalagi terus keluarkan dari esbok. Fikir punya fikir putuskan untuk masak lepas isyak sebab nasi semua dah siap. Jadi berbuka dengan nasi dan malam baru makan kuih. Terus geledah dapur mas untuk cari resepi ni. Buat setengah adunan dan dapat 11 ketul. Punya le banyak. Seperti biasa kuih2 sebegini masak sendiri dan makan sendiri. Hero2 kat rumah tu semuanya tak pandang pun. Masing2 duk sibuk mengunyah kukis raya ku yang dah buat 2 adunan. Macam kena buat lagi je. Ok le layan je resepi kat bawah ni dan kepada yang kurang manis ooppppsss kurang makan manis sila kurangkan kuantiti gula yea.


Resepi Yogurt Steam CC @ Apam Yogurt
Resepi : Kak Rima
Sumber : Kak Ita dan Izahdaut
Salin dr.: Dapurmas

Bahan :
  • 2 cawan gula castor *kurangkan
  • 1 sdt ovallete
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan yogurt asli
  • 2 biji telur
  • 1/2 sdt double action baking powder
  • 1 sdt serbuk koko ~ kita guna pewarna merah
  • 1 sdt pes coklat ~ Kita guna pes strawberi
Cara membuatnya :
  1. Campur semua bahan di atas dalam mixer.
  2. Pukul sampai adunan menjadi pekat, pucat warnanya..*guna high speed.
  3. Adunan menjadi pekat seakan-akan yogurt..
  4. Asingkan sedikit daripada adunan tersebut (lbh krg 5 sdb) dan campurkan serbuk koko dan pes coklat, gaul sebati.
  5. Sendukkan adunan putih ke dalam cup muffin 3/4 cup, sudukan sedikit adunan coklat atasnya.
  6. Kukus dengan api kuat, pastikan kukusan sudah betul-betul panas baru letakkan kuih tadi. Kukus lebih kurang 15 minit, adunan yang masak akan mekar tersenyum...
  7. Sejukkan dan simpan dalam bekas tertutup.

Nota :
*Pes coklat, serbuk koko boleh diganti dengan apa bahan lain jika inginkan kelainan contoh jem atau filling dan pewarna kesukaan
*Pastikan menggunakan api yang besar semasa memasak air kukusan dan pastikan juga air kukusan benar2 telah mendidih sepenuhnyer barulah diletakkan apam untuk mendapatkan apam yg mekar.
Penutup kukusan juga hendaklah di balut dgn towel atau kain supaya air tidak menitik atas apam.


    5 comments:

    izahdaut said...

    kak sam..kuih menda cecemik tu? tak pernah dengo pun

    Kak Sam said...

    Izah...
    Rasanya kat kg gajah je ada kut. Nanti kalau ada rezeki akak tunjuk kat sini.

    ☀ Izzaty Hedry☀ said...

    sdap nya ...

    Deliah's Deli said...

    meletup la kak sam skrang..mcm2 ada kat sini!cantik kombinasi warna apam tu. :)

    sitiezahim said...

    akak cantik aa apam..saya buat apam mesti tamo senyum, machooo je memanjang..huhu..padahal dh tunggu air mendidih..camne tuh ek..