Assalamualaikum.....
Terima kasih diucapkan kepada Kak Nor Secubit Garam kerana sentiasa berkongsi resepi yang sedap2 ditambah lagi dengan the making yang senang nak difahami. Memang banyak membantu golongan2 yag baru nak bertatih memasak. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang dapat membalas budi baik kak nor ini. Bukannya apa terharu sangat rasanya sebab buat julung2 kalinya dapat membuat kuih raya kalau sempat le.Teringin nak cuba resepi ini sebab Kak Nor pernah buat 900 pcs. Thank you...thank you .... thank you. Izinkan saya CnP kat sini yea kak.
RESEPI BISKUT COKLAT CHIPS KAK NOR's STYLE
Sumber: Kak Nor ku sayang
Bahan-bahan ( bilangan bergantung pd saiz yg kita buat )
- 180gm mentega/marjerin
- 90gm gula castor
- 100gm gula perang
- 1 sudu teh esen vanila
- 2 biji telur
- 200gm tepung naik sendiri
- 160gm tepung gandum
- 1 sudu teh soda bicarbonate
- 1/4 sudu teh garam
- 100gm coklat chips
- 120gm badam cincang / sunflower seeds / kacang tanah cincang
- Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate dan garam. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
- Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
- Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
- Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
- Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...
nuffnang_bid = "0b7d3f285fbea5a13c5272490d7892f1";
6 comments:
as-salam kak
Sedapnya kak...terasa kegaringannya....kraaapppp krupppppp..
wahh dah start projek mengukis ya.. ingatkan buat biskut cornflakes madu smlm..
k.nor tak buat satu apa pun lg kukis ni.. ish... mood tarakkkkkk :)
Kak Sam,
terbau kukis di sini, singgah cium aromanya... Amie suka sangat tau, nak minta 3 ketoi buat buka posa ye...
Ady... memang krupp krapp dibuatnya.
Kak nor...
conrnflakes projek siang
ni projek malam. Hehehe kul 2.00 baru boleh simpan. Ni pun baru lepas buat 1 adunan lagi. hehehe semangat giler.
Amie...
Sat lagi kita pi hantar
Post a Comment