MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, October 30, 2011

Kalau dah tak larat

Assalamualaikum....
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga memujuk hati ini untuk mengadap lappy. Tak tahu le kenapa weekend kali ini rasa sungguh tak menyeronokkan. Aktiviti berjalan seperti biasa tapi hati tak keruan memikirkan pelbagai perkara yang mana rasanya perkara tersebut tidak perlu difikirkan tapi masih tetap berlegar di kepala. Semoga Yang Maha Esa akan melindungi kami sekeluarga dari perkara2 yang tidak diingini. Cadangnya hari ini nak buat gulai ikan tapi disebabkan pagi2 merajinkan diri membersihkan habuk2 di segenap ruang rumah maka tak berdaya dah rasanya nak bersilat di dapur. Jadi minta hubby pergi Cergas Cafe @ Bayan Lepas mencari lauk untuk dibuat juadah hidangan tengahari. Dulu memang selalu le makan di kedai ini tapi sekarang ini boleh dibilang dengan jari kut. Kedai ini memang tersohor dengan gulai ikan dan ayam goreng yang memang sangat sedap. Masa kali pertama pergi dulu punya le terkejut bila tengok pelanggan berebutkan gulai ikan. Setiap kali tray gulai diletakkan di tempatnya pasti ramai yang berebut2 dan dalam masa beberapa minit dah habis. Tunggu pulak stok baru mai dan begitu le keadaannya. Ayam gorengnya pulak memang tak sempat nak sampai ke kaunter, bila budak tu bawa dari pintu belakang je pelanggan dah tahan dan ambik. Kadang2 tu 2-3 ketul je yang selamat sampai ke depan. Kalau pergi makan kat sini dan nak makan 2 menu ini memang kena aggresif le sikit. Kalau duduk tunggu je alamatnya memang payah nak merasa. Walaupun banyak lauk lain yang dihidangkan tapi gulai ikan dan ayam goreng memang menjadi rebutan. Hehehe kalau nak mencuba sila le kedai tersebut yang terletak betul2 di pekan bayan lepas.

Nota: Dah beberapa kali buat gulai ikan tapi masih tak dapat lagi rasa menyamai gulai yang dibeli di Cergas Cafe ni.




    10 comments:

    Amie said...

    Assalam Kak Sam,
    kadang-kadang Amie pun menghadapi saat mood merudum....hmmmm adalah yang kena bantai dalam rumah... he heheh

    agaknya ada rahsia tersembunyi di sebalik ayam goreng dan lauk ikan di kedai tu....

    tun_telani said...

    assalamualaikumm kak sam!!!
    sama laaa kita.. arini sgt2 panas! pagi kuar gi usrah, pastu balik dh pening sbb berpanas masa jalan ke kereta pastu nk tunggu econ sejukkan kereta tu, berpeluh smp lengan. pastu beli barang dapur pulak.
    last2 beli ayam n burget kepci je arini. huhu..
    ps: hebat nyer kedai tuh! nk jugak masak jd sedap cam gitu. hihi

    Acik Erna said...

    assalam sam..sampai macam tu sekali sam..mesti sedap sangat tu kan..apa la rahsia tukang masak tu kan..

    QasehSuci said...

    assalamualaikum kak...mcm begitu sekali ke kak? Agaknya btl2 sedap kan...

    Neway dtg membalas kunjungan...banyaknya resepi makanan kat sini...suka..suka..

    saya follow yerk...

    Anna Qawina said...

    aslmkm...mood yg tak menetu ni semua ada la kan..tp kalau ada benda yg tgh berlegar dlm fikiran laggiii la mood tu kelain je kan..hehe..
    wah..femes kedai tu ek..bila nak sampai nih

    Kak Sam said...

    Amie...
    Hanya DIA dan mereka yang tahu.

    Kak Sam said...

    Tun....
    Akak dulu tengok memang le pelik bin ajaib. Masa ngandungkan arwah aiman dulu memang selalu le pi situ. Lepas makan mesti beli air kelapa kat depan kedai tu.

    Kak Sam said...

    Acik..
    tak pernah nampak pun tukang masaknya. Agak2 kalau pi terjah dia pastu tanya resepi, dia bgtau tak.

    Kak Sam said...

    Anna...
    Mai le penang nanti kita bawa pi makan kat situ.

    Kak Sam said...

    Qaseh..
    tqvm