MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, October 30, 2011

Penuhi citarasa

Assalamualaikum....
Sepertimana yang telah dijanjikan di N3 ini, maka saya kongsikan resepi kari ayam yang telah saya buat pada hari Deepavali lepas. Mungkin pada orang lain buat kari ini senang je tapi pada saya yang baru nak belajar ni pelbagai resepi ingin dicuba bagi mendapatkan resepi yang senang nak disediakan dan memenuhi citarasa suami dan anak2 tersayang. Alhamdulillah resepi yang diambil dari Potret Kasih ini kena dengan tekak seisi rumah. Kepada Kak Wana terima kasih banyak2 dan izinkan saya cnp di sini.


RESEPI KARI AYAM
Sumber: Kak Wana Potret Kasih

Bahan2
  • 1/2 ekor ayam ( dipotong2 dan dibesihkan )
  • 3-4 biji kentang ( potong dadu )
  • 1 inci halia ( di tumbuk )
  • 1 biji bawang besar ( ditumbuk / dihiris nipis)
  • 3 biji bawang merah ( di tumbuk )
  • 3 ulas bawang putih ( ditumbuk )
  • 3 sudu makan serbuk kari ( satukan bersama serbuk cili dan campur dengan sedikit air )
  • 1 sudu makan serbuk cili
  • 1 litre santan pekat( dari 1 biji kelapa )
  • 1 litre santan cair
  • Rempah 3 sekawan ( kayu manis, pelaga dan bunga lawang )
  • Daun kari
  • Daun ketumbar ( di hiris)
  • Asam gelugur
  • garam secukupnya
Cara penyediaan
  1. Tumis bahan rempah 3 sekawan, bahan tumbuk/hiris, daun kari hingga wangi…
  2. Masukkan serbuk kari yang telah di campur dgn air tadi dan kacau sebati.
  3. Masukkan ayam dan kentang dan masak hingga ayam sedikit kecut.
  4. Masukkan santan cair dan asam gelugur masak hingga ayam empuk.
  5. Bila ayam empuk masukkkan santan pekat… Bila mendidih sesuaikan rasa dan masukkan daun ketumbar dan angkat.



    6 comments:

    Amie said...

    Assalam kak Sam,
    kari ayam ni memang special sikitlah Kak Sam, sebab ada penambahan daun ketumbar...biasanya kita tak letak,lain kali nak cuba jugalah...

    Kak Sam said...

    Amie...
    Sekarang ni memang tengok syiok mencuba semua resepi yang ada. Lain sikit le dari biasa.

    HomeKreation said...

    KakSam,
    Mmg ada kelainan... Along tak pnh lagi letak daun ketumbar & asam keping. Bila2 nanti boleh ler cuba pulak. TQ.

    rahel said...

    Selamat malam Kak Sam..Rahel datang bawa' pinggan ni..faham2la kalau bw pinggan...kena isi kari ayam byk2.

    Ida,Japan said...

    slm kak sam.....sedapnyer kari tu, che abg ida kalau msk apa2 kari laju jer mkn

    ady said...

    as-salam
    cicah dengan roti keri ayam tu pun sedap pagi2 ni..yummy..