MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, December 23, 2011

Buat apa yang patut

Assalamualaikum.....
Lama sangat dah rasanya tak ber'n3', Kalau ikutkan hati memang nak luangkan 1-2 jam sehari untuk duduk depan lappy untuk masukkan cerita2 terkini dan berkunjung ke blog teman2 tapi apakan daya memang masa yang ada terlalu terbatas. Bila difikir-fikirkan balik rasanya sekarang ni masa berlalu begitu pantas sekali seolah-olah 24 jam sehari tiada apa yang berlaku. Pejam celik pejam celik tahun 2011 akan melabuhkan tirainya dalam tempoh seminggu sahaja lagi. Subhanallah. Sekarang ini pun kalau nak cuba resepi baru pun memang susah le cuma apa yang boleh dibuat adalah masak menu yang memang sesuai dengan anak tekak sendiri dan keluarga tercinta. Ye la kalau dah selalu buat nanti boleh jadi terer dan tak payah le rujuk resepi bila nak masak sebab semuanya dah ada kat dalam kepala. Hehehe suka..suka..suka. Khamis minggu lepas ada jamuan makan pagi di pejabat dan telah dimaklumkan sehari sebelum tu. Fikir punya fikir nak bawa apa teringat pada kek yang mabeles ni. Ye la kita kalau nak bersedekah kena bagi benda yang kita suka, betul tak?. Alhamdulillah malam tu dapat siapkan sebiji kek ini dan puding laici dan ramai yang memuji keenakan kek ini dan ada yang minta dibuat lagi. InsyaAllah kalau dizinkan olehNya permintaan tersebut tidak akan dihampakan. Ok le saya paste lagi resepi kat bawah ni sebab kalau selalu CnP kut-kut boleh melekat terus kat dalam kepala. Kepada mereka-mereka yang masih belum pernah buat kek ni baik cepat-cepat pergi buat yea. SANGAT MUDAH & SANGAT SEDAP. Lagi satu masa mertua datang hantar alif baru-baru ni pun buat lagi. Maka bertambah lagi le berat badan si tukang masak.


RESEPI LIGHT CHEESE CAKE
Resepi:HaSue@sue-hasue.blogspot.com

Bahan-bahan

  • 125g cream cheese
  • 300 ml susu segar
  • 80 g mentega atau marjerin
  • 80 g tepung gandum
  • 80 gram gula halus
  • 3 biji telur saiz A
  • beberapa titik esen vanila/jus lemon
Cara-cara
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
  5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
  6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.



    11 comments:

    Zaliedana said...

    Assalam kak,uiii rajinnya byk kali wat kekcis nih..Mmg sedap kek nih,sy pernh wat time raya aji ritu,tapi xsnap..Ala nape xtunjuk pas kena bedah kek tuh kak,hihi..Nmpak kat luar pon nmpk gebu jer..

    Kak Sam said...

    CT..
    Gambar lepas bedah segan nak ambik sebab orang ramai. hehehe ni pun ada hati nak buat lagi sebab rasa cam tak puas je makan hari tu. hehehe habis le

    chikadakbiru said...

    assalamualaikum tuan rumah..

    dulu 2 x buat resepi kak sue nih..tp tak jadi..frust pun ade..tgk awak buat mcm teringin nak buat sekali lagi... :)

    Sue @ Nenie said...

    Assalamualaikum Kak Sam...Dah lama juga saya simpan resipi kek ni tapi sampai sekarang pun tak terbuat-buat lagiiiii

    lina_pg said...

    assalam kak sam..nmpk gebus jer kejadian ciskek kak sam ni.Saya pernah wat sekali tak cam terbantat..rasa mmg sedap..pastu surrender terus kih3..keras tangan agaknya

    dZana said...

    Aslmkum kak sam.. pernah buat kek ni.. pastu jadi bingka @bantat.. smpi skrg masih fobia lagi..huu

    cik cek said...

    Kalau dah berkali2 buat tu confirm sedap...kan kan...:)

    sitiezahim said...

    salam kak..cis kek ni apa2 bersi pon mmg marbeles kan rasa dia...hehehe

    azieazah said...

    Kek yang menjadi kegilaan ramai nih!

    Ayu Safieza @ Humaira' said...

    Kak Sam.....ayu dtg nak lepas winduuuu nih...and nak tapau sekali cheese kek tu yer....mmmm yum3!

    Nieza said...

    wahh sedapnya tgk cc ni kak..saya lum buat lagi tapi resepi dh berkurun dah dok peram..hehe

    sat saja nk ke thn baru kan..bila hujung thn ni mood saya nk update pun lemau jer rasa..harap thn baru nanti semangat la kot...:)