MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, December 30, 2011

Dua hari je lagi

Assalamualaikum......
Kurang dari 48 jam je lagi kita semua akan melangkah ke Tahun 2012 dan jika disemak balik apa yang telah dilakukan dalam Tahun 2011 rasa terlalu sedikit jika dibandingkan dengan perancangan yang dibuat. Tapi takpe semoga setiap apa yang kita lakukan diniatkan keranaNya. Pagi tadi rasa sangat gembira kerana berjaya menghantar SKT dan LNPT dalam HRMIS. Manakan tidak masa bersama keluarga terpaksa dicuri bagi memastikan ianya dapat diselesaikan mengikut masa yang ditetapkan. Alhamdulillah. Tapi lepas tu kepala jadi semak balik lepas berdebat dengan bos. Mula le terfikir "napa le aku dapat bos macam ni", tapi bila difikir2kan balik ini adalah merupakan dugaan dan pastinya ada hikmah disebalik setiap apa yang berlaku. Anggaplah ianya sebagai cabaran untuk menjadikan diri kita lebih baik. Hehehe. Rasanya tahun depan adalah tahun yang paling mencabar kerana terlalu banyak kerja perlu dilakukan. Sampaikan bos kata "u boleh buat ke dengan bilangan staff yang u ada". InsyaAllah aku yakin tiada benda yang mustahil di dunia. ini. Ok le layan le air yang menjadi kegemaran saya n hubby, ye la kalau buat sendiri kita boleh bubuh ikut suka.


RESEPI AIR CARROT SUSU
Resepi: Myhomework


Bahan-bahan
  • 1 batang carrot
  • 2 cawan air masak
  • 1/3 cawan susu segar
  • 2 sb susu pekat manis ~ kalau nak manis boleh tambah lagi



Cara-cara
  1. Carrot dibuangkan kulit, dibersihkan dan dipotong. 
  2. Kemudian kisar carrot bersama air masak sehingga halus dan ditapis. 
  3. Masukkan susu segar dan susu pekat secukup rasa. Kacau sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam gelas dan bolehlah masukkan beberapa ketus ais. 
  5. Sedia untuk diminum..




    5 comments:

    ~ yus ~ said...

    saya pun suka buat carrot susu sendiri. Puas minum kan..:)

    Sue @ Nenie said...

    Salam Kak Sam..itulah cabarannya bila kita berkerja kannn...Bila jadi suri pun ada juga cabarannya..pendek kata walau apa situasi dan keadaan kita pasti ada cabarannya yang berbeza..Itulah lumrah kehidupan...

    Emmm kalau time2 panas macam ni, tentu sedap layan jus yang sejuk dan dingin2 kan....

    Amie said...

    air carrot susu...lazat & berkhasiat! maunya minum 2 gelas sekali... he heheh

    tun_telani said...

    alhamdulillah.. buat satu2, insyaAllah berjaya siapkan juga.
    carrot susu kegemaran tun, tp hasben tun x suka pula. lg bagus, xperlu berebut dgn dia. hihi

    Paty's Kitchen - Cook with passion. said...

    Salam Kak Sam..jus yang bagus untuk kesihatan patut digalakan minum selalu