MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, January 30, 2012

Hujan panas rendang mak tok

Assalamualaikum w.b.t.
Bersua kembali di malam nan indah ini berteman bunyi-bunyian yang membingitkan telinga. Nasib baik le telinga tak boleh jerit kalau tak mau haru biru dibuat. (hehehe statement untuk jiya). Sebagai sebuah negara majmuk yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa terpaksa le kita menghormati antara satu sama lain dan dalam erti kata lain sabo bebanyak yea. Berbalik pada tujuan asal, n3 malam ini adalah berkisarkan kepada menu yang disangka susah tapi senang sebenarnya. Rabu minggu lepas Kak CT Delima tayang nasi hujan panas yang cun melecun tu kat dari dapur dia, punya le tergoda. Tengok cara buatnya punya le senang, sebelum ni kalau makan selalu fikir mesti susah nak buat sebab kaler-kaler gitu. Berkat doa Kak CT Delima dapat jugak buat pada hari ahad baru ni tapi saya ikut cara Hasue. Bukannya apa pagi ahad tu sempat explore pasal nasi ni, last sekali tersangkut kat dapur hasue, terus usung masuk dapur. Ada le beza sikit antara kedua2 resepi yang dikongsikan tapi pi mai pi mai tang tu juga. Saya cnp resepi yang diambik dari dapur hasue, kalau rasa nak ikut cara Kak CT sila ke dapur beliau. 



RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS
Resepi:Makyong@myresepi.com
By:HaSue@sue-hasue.blogspot.com
Bahan-bahan ( 5 orang )
  • 4 cawan beras basmati-hasue guna beras basmathi PUSA 1121 ~ guna beras basmathi biasa
  • 5 cawan air
  • 2 kiub ayam - hasue letak 1 sudu besar perencah ayam TUMIX
  • 2 helai daun pandan
  • pewarna merah, kuning dan hijau ~ saya tambah biru
  • [bahan tumis]
  • 1/2 inci halia
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 1 sudu besar minyak sapi
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • [bahan hias]
  • bawang goreng
  • kismis
Cara-cara
  1. Cuci beras dan rendam selama 10 minit. Toskan.
  2. Hiris nipis-nipis halia dan mayang semua jenis bawang
  3. Panaskan minyak dan tumiskan semua bahan tumis sehingga bau wangi
  4. Masukkan beras dan gaul rata.
  5. Masukkan air, kiub ayam dan daun pandan.
  6. Masaklah nasi sehingga masak
  7. Bila nasi kering, letakkan 1-2 titik untuk setiap pewarna kuning, merah dan hijau ditempat yang berasingan. Bila dah masak, gembur-gemburkan nasi tu.
  8. Hiaslah dengan bawang goreng, gajus atau kismis jika suka
Hubby kata Nasi Hujan Panas Terik

Rendang kat bawah ni takde resepi sebab ianya dibekal oleh MIL masa balik kg hari tu. Pada saya air tangan MIL adalah antara yang tersedap pernah dimakan, masak le apa sahaja mesti kami makan tak hingat punya. Walau pun MIL tak berapa sihat tapi kalau dah anak, menantu dan cucu balik terus jadi macam orang sihat. Hari tu dapat stay 2 malam je kat rumah MIL, bila bagitau je hari rabu mula kerja balik terus dia kata "balik kejap tapi nak makan macam-macam". Nak tergelak rasanya sebab takde pun kami request nak makan apa2 tapi MIL yang merancang macam2. Hehehe begitulah kasih ibu, setiap kali anak2 balik mesti macam2 nak dibuat walaupun tak larat tetap digagahkan jua. Bertuah betul le menantu dia ni boleh tumpang sekali.



Bagi melengkapkan hidangan, saya buat acar mentah cara Kak CT tapi tak letak nenas sebab kurang mendapat sambutan kat rumah ni. Acar ni memang ringkas tapi krup..krup..krup makannya. Kalau nak rasa nak cuba sila ke Dapur Kak CT yea.


Nota: Disaat n3 ini hendak di publish kedengaran perang semakin hebat. Persoalannya dapat tidur lena malam ini? huhuhu ... sabar...sabar...sabar



    10 comments:

    cik cek said...

    WoW!...cantikkkk...nasi beraneka kaler...ceriaaaa sumenya...berselera lak nak makannya...:)

    Unknown said...

    sedapnya tgk nasi hujan panas ni kak sam..ceria jer warnanya:)

    HaSue said...

    waduh! ada kaler biruuu...cantik2..sedap kan kak..yg penting gak simple jek nak buat... nak sepinggannn!!

    Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

    Salam...rendang tu nampak sedap banget...saya ambil resipi ya.

    Zalieda Zaliedana said...

    Assalam kak,wah untung lah kan,da MIL yg sayang kan ank menantu,untunglah menantunya..Sy xsmpat nak rasa da MIL..NMPAK SEDAP RENDANG TUH,YERLA AIR TANGAN ORG LAMA,SEMESTINYA SEDAP KAN.

    Yatie said...

    meriahnya nasi hujan panas Kak Sam ni, tentu anak2 berselera nak makan sbb warna warni...ceria je..

    rahel said...

    Kak Sam,betul2 menggoda jiwa ni..bikin gue lapar aje..

    tun_telani said...

    hihi.. nasib baik la tun duk keliling hutan, so xde la dgn perang2 nih. kwn2 yg duk kt bandar sket pun ckp jiran2 duk pasang bom mercun. hihi.. biasa la kan, sama mcm kita raya kt kg jugak.
    tun suka wat nasi minyak kaler2. sbb comey jd suka je nk mkn.

    Sue @ Nenie said...

    Salam Kak Sam...Sedapnya set nasi hujan panas ni, siap lengkap ngan acarnya sekali...

    azieazah said...

    Benarlah kata orang, kasih sayang dapat dilihat melalui cara kesungguhan memasak dan menghidang.

    Ohhh cemburu! :)

    *Perang? Mercun kah itu?