MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, January 2, 2012

N3 pertama

Assalamualaikum....
N3 pertama bagi tahun 2012 dengan harapan semoga akan terus diberikan keizinan untuk terus berblog. Walaupun MyHomework hanyalah sekadar blog suam-suam kuku tetapi kepuasan masih dirasai berikutan melaluinya terlalu banyak perkara yang telah dipelajari. Disamping itu juga,  jalinan ukhwah dapat disimpul sesama manusia melalui alam maya, walaupun tak pernah bertemu tapi kemesraan dapat dirasai. Bagi tahun ini tiada sasaran khusus ditetapkan untuk blog ini  kerana ianya hanya sekadar hobi untuk menggunakan sebaiknya masa yang terluang. Kalau takde n3 tu faham-faham je le. Apa yang penting perjuangan untuk menambah ilmu pengetahuan berkaitan masakan akan diteruskan. Tahun lepas sasaran yang ditetapkan adalah 1 hari 1 n3 dan ianya tidak tercapai, tak kisahlah le yang penting ilmu yang telah dipelajari. Masakan tidak kalau sebelum ini kekerapan memasak dan makan dirumah boleh dikira tapi kini sebaliknya kerana jarang-jarang makan di luar. Mixer yang dihadiahkan semasa kahwin hampir 9 tahun dulu hanya tersimpan elok di dalam kotak tapi kini telah banyak bakti yang ditaburkan dan rasanya kadar muatan yang boleh ditampung tidak mencukupi. Alhamdulillah. Harapan saya hanya satu, semoga keinginan untuk mencuba resepi-resepi yang dikongsikan tidak akan padam. Hanya dengan cara itu sahaja kemahiran memasak dapat diperkukuhkn demi untuk keluarga tercinta. Kepada blogger2 semua teruskan usaha murni anda untuk terus berkongsi ilmu di alam maya ini kerana setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan. Ok le layan je resepi maggie goreng yang ringkas ini. Mulanya hubby minta untuk masakkan mee atau bihun goreng tetapi disebabkan kedua2nya kehabisan stok maka digantikan dengan maggie. Terima kasih kepada blackjack kerana sudi berkongsi resepi ini.


RESEPI MAGGIE GORENG
Sumber: blackjack@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 orang )
  • 2 biji telur
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 peket maggie perisa kari
  • 2 peket perencah kari(perencah yg dlm maggie )
  • 3~4 batang kacang panjang-potong dlm 3~4cm panjang.~ tak letak
  • 1/2 btg lobak merah-potong kecil memanjang 
  • 1/2 cawan daging yang telah direbus  bersama air rebusan ~ saya tambah
  • Kobis dihiris halus ~ saya tambah
  • 2 cawan air
  • minyak untuk menumis
utk hiasan:
  • daun bawang
  • bawang goreng
  • cili merah 
 Cara-cara
  1. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Masukkan telur dan kacau-kacau biar jadi scrambled egg. Angkat dan ketepikan.
  2. Ketuk-ketuk bawang putih dan cincang halus. Panaskan sikit minyak dalam kuali. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.. atau nampak perang.
  3. Kemudian masukkan perencah kari yg telah dicampur dgn sedikit air. Tumis sehingga keluar bau wangi. Masukkan daging dan iar rebusan.
  4. Masukkan sayur. Kacau-kacau sekejap dan masukkan air. Biarkan mendidih.
  5. Kemudian masukkan maggie. Patahkan maggie kepada 2 bahagian supaya senang nak lembik. Kacau biar semua serata dan maggie lembik. Kalau air dah kering tapi maggie masih lagi keras, bolehlah tambah sedikit air lagi.
  6. Akhir sekali masukkanlah scrambled egg tadi. Kacau rata.
  7. Angkat dan hias dengan bahan-bahan hias. Makanlah panas-panas.




    5 comments:

    ZalinZalina said...

    kat rumah saya ni abang ngah yang pakar masak maggi goreng...ibunya ni tinggap ngap aje..he he..

    Trying To Be Muslim.. said...

    mmm dpt sepinggan ni, mau tak bangun2 dah...sodaaaaaaaap!:)

    Kak Sam said...

    Zalin...
    ok le tu sekali sekali ibu boleh jadi mem besar.

    Kak Sam said...

    Ayu...
    kena bangun gak kalau tak sapa nak basuh pinggan

    ibh_sue said...

    Aslmkm Kak Sam.
    Salam kenal jg dr sue..
    Sue pun suka juga masak meggie mcm ni kak..Sedap..Hb kata, sedap lg sue masak meggie dr mamak yg masak..hahahaha