Assalamualaikum w.b.t.
Malam ni malas nak cerita pasal makanan, kalau nak diikutkan weekend baru ini banyak juga le homework yang telah disiapkan. InsyaAllah kalau berkesempatan nanti tayang kat sini sebab boleh le sifu2 bagi markah. Sekarang ni bayang2 kesibukan telah mula nampak, kalau minggu lepas planner nampak macam suci bersih je tapi kini dah mula comot. Pagi petang kena pergi mesyuarat sampaikan kena main tolak2 dengan bos. Esok pagi ada mesyuarat tapak untuk 2 projek yang sedang berjalan tup tup pagi tadi dapat panggilan kena hadir mesyuarat di KOMTAR siap bagitau lagi JJ wajib hadir. Hisshhhhhh nak buat macam mana saya yang menurut perintah. Ok le malas nak cerita perkara2 yang boleh menyesakkan kepala. Bagi tahun 2012 ni memang dah berazam untuk beriadah bersama keluarga pada setiap pagi di hujung minggu. Alhamdulillah sehingga ahad lepas apa yang direncanakan telah dapat direalisasikan. Layan je la foto2 yang diambil baru2 ini sebab mama masih belum boleh bersenam lagi kesan daripada jatuh 3 minggu lepas. Semoga aktiviti seperti ini akan dapat diteruskan sampai bila2 sebab ianya menyihatkan tubuh badan dan amat membahagiakan.
12 comments:
Aslmkm KakSam. Bagus2, Along support.... ketepikan yg mengusutkn keapala & beriadah dgn famili lebih baik! Along pun tingin nak exercise tapi byk benor excuse nya...
bagusnya.. mmg seronok beriadah beramai2. masa kat uni dulu wiken je mmg biasa pergi student gym ngan housemate. blk msia ni duk ternak lemak je yg lebih.. nasib baik la panas, lemak cepat cair sket. hehe..
Laaa budak berdua tu jer yang main?
Sebenarnya elok juga beriadah di luar, udara segar...
lepas letih main leh pekena nasi lemak n pasemboq no.. haha
Assallamualaikum kak sam..
Laaa... Akak tercedera ker? Dah ok ker sekarang kak..Take care ye..
naz suka jogging kak. Sejak zaman belajar di U dulu lagi. Sib baik dapat hubby yg mmg tahu hobi Naz ni and dia yg bagi galakan serta cuba luangkan masa tgk anak2 masa Naz gi jogging.. Mmg best jogging di taman rekriasi..
seronoknye beriadah ngan anak2..sesekali kuar peluh mmg bes :)
Along...
tqvm. Harap2 boleh diteruskan selamanya
Tun...
Kira ok le sebab lemak boleh terbakar, jgn orgnya terbakar sekali sudah. hehehe
AA...
Baba berjogging, anak2 main, mama ambik gambar..
Izah...
Bijak...bijak...bijak. Sekali sekala layan nasi lemak pelita + teh tarik. Terbaikkkk
Naz...
Akak ni memang suka sport tapi hubby kurang. Jadi nak bagi dorongan kat dia kena turun sekali.
Noorsha...
betul bebeno tu
Post a Comment