Assalamualaikum w.b.t.
Lama sangat dah rasanya tak update MyHomework, bukan taknak tapi minggu ini dilalui dengan penuh cabaran dan dugaan. Dugaan yang datang bertali arus, umpama sudah jatuh ditimpa tangga kemudian ditimpa tiang dan ditimpa lantai. Huhuhuhu nasib baik tak tersungkur. Bukan hendak menyalahkan takdir tapi begitulah lumrah kehidupan. Senyum, tangis, ketawa gembira, berduka lara akan sentiasa mewarnai kehidupan manusia. Apa yang pasti Allah S.W.T menduga seseorang hamba-Nya itu kerna Dia ingin memberikan sesuatu. InsyaAllah. Lagipun Dia akan menduga hamba-Nya besesuaian dengan kemampuannya. Allah Maha Besar.
Walaupun n3 kat sini tak berubah sejak rabu lepas, tapi dapur tetap berasap. Ada juga resepi yang telah dicuba ingin dipanjangkan disini tapi apakan daya memang tak berdaya. Mungkin lepas ini akan banyak makanan yang telah disimpan beberapa hari kat dalam folder. Takpe sekadar ingin berterima kasih kepada tuan empunya resepi. Kali ini saya kongsikan resepi puding yang dah lama teringin nak buat. Dengan cuaca panas terik sekarang ni memang sesuai le untuk dihidangkan sebagai penyejuk tekak. Seperti biasa saya ambil dari MyResepi, terima kasih kepada honey dan izinkan saya kongsi di sini.
RESEPI AGAR-AGAR KOKTAIL
Sumber: honey@myresipi.com
Bahan-bahan ( 5-6 orang )
- 10g serbuk agar-agar
- 1.5 liter air(5 gelas)
- 100ml(1/2 cwn) susu cair
- 200g gula
- 1 tin besar koktel
- 2 helai daun pandan
Cara-cara
- Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
- Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
- Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
- Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
- Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
- Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.
Sumber: Google |
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan
Selamat Menyambut Hari Lahir yang ke-45 kepada
Semoga akak sekeluarga akan sentiasa bahagia, gembira dan ceria selalu.
4 comments:
sedap ni layan agar2 time petang gini..Tmbah lak cuaca teramat panas...
sejuk dan nyaman anak tekak..
Sedapnya agar-agar...lagi2 kalau time cuaca panas.memang sesuai banget..
Header baru?
Watermark pun dah ada?
Bagusss...
Itulah yang sebaiknya, terutama blog yang ada gambar menu/resipi kerana pic sebegitulah yang mudah diciluk orang. (dlm kes tak bagi kredit).
Selamat Ulangtahun Kelahiran juga buat KAK NOR yang diraikan.Semoga sejahtera bahagia dan ceria selalu...
Kak Sam, cantiknya watermark akak tu.. Agar2 pun cantak gak..hehehe...
Post a Comment