MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, February 4, 2012

Biar lambat asal merasa

Assalamualaikum w.b.t.
Bersua kembali di petang yang nyaman ini, baru lepas menikmati makan tengahari yang ringkas tapi sedap. Hari ini masak lambat sikit sebab pukul 1 lebih baru balik dari tesco beli barang dapur sikit. Sikit2 pun makan ratus jugak pelik bin ajaib betul. Hakikat yang perlu diterima harga barang keperluan semakin mahal jadinya kos sara hidup semakin tinggi. Sempat juga BW sekejap tapi macam tak meriah rasanya mungkin sebab ramai yang sedang cuti-cuti malaysia sekarang. Kami sekeluarga tak kemana sekadar menjalani rutin harian seperti biasa. Hari ni hubby request nak makan ayam masak kicap, jadi lepas kemas barang2 yang dibeli tadi terus selongkar dapurmas. Nampak resepi ayam masak kicap yang pernah hangat di pasaran setahun yang lepas dan terus usung resepi ke dapur. Tak pe le biar lambat asal merasa. Memang best resepi ni sebab berseredak (betul ke perkataan ni?) lagut meratah ayam ni.



RESEPI AYAM KICAP BEREMPAH HARUM
Sumber : Izah, Kak Dayang, Mas

Bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional
  • 1 sudu makan cili giling - saya letak serbuk cili
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya
  • sedikit garam
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak.



    6 comments:

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum sam..
    memang sedap ayam kicap nie kan sam... sure bertambah nasi d buatnya .. :)

    Kak Sam said...

    Diana...
    Betul tu, hubby bertambah2 kita pulak duk meratah tak berenti.

    Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

    Betul tu sam..barang menjadi-jadi mahalnya.Bayar 200 dapur 1/2 troley je...huk..huk..betula.Apa pun tetap kena masak sebab dan makan kan....macam ayam ni la kan????

    Mas said...

    betul tu kak sam..
    janji kita buat dan mencuba resepi baru...
    ayam masak kicap kak dayang ni memang terbaik...
    sedapppppp

    Kak Sam said...

    Kak ros...
    Betul sesangat tu. Lebih baik masak. Kalau makan kat kedai je lagi banyak duit yang habis. hehehe baru sedo la ni.

    Kak Sam said...

    Mas...
    akak pun dah mula jatuh cinta ngan resepi ni. ratah je pun sodap