MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, February 27, 2012

Macam-macam ragam

Assalamualaikum w.b.t.
Masih dalam keadaan bengong lagi tapi nak juga update MyHomework. Rasanya memang kena bercuti ni sebab motivasi kerja makin lama makin menurun dan dikhuatiri akan hilang terus. Ermmm cuti sekolah nak dekat dah tapi bos dah kata dia pun nak cuti panjang juga masa tu nanti. huhuhu nak cuti pun susah.

Akhirnya semalam dapat juga menikmati roti yang sedap ini. Mula teringin masa mas duniaku tayang kat SINI. Tapi masa tu stok tepung roti dah habis. Memang dah banyak kali dia buat roti guna resepi kak Nor secubit garam. Masa nak buat tu was-was gak le takut tak kena dengan selera jejaka2 tampan kat rumah ni. Jadi malas nak letak macam2 kat atas roti tu tambahan pula alif kalau ada sayur mesti dia reject punya. Seperti yang dijangka masa makan alif suruh keluarkan sosej dan mayonis, yang syoknya sekali hadap habis 2 ketul. Hubby pulak kata lepas ni kasi banyak lagi topping kat atas tu, kira buat cam pizza le macam2 ada.

Gembira sangat sebab adunan ni memang best dan dapat menambat selera seisi keluarga. 1adunan di bawah ni kita dapat 8 ketul bun sosej tembam dan 4 ketul roti panjang (nak buat roti john). Ok le kepada kak nor terima kasih bebanyak yea. Lepas ni memang nak buat lagi tapi berat setiap adunan kena kurangkan kepada 50-60 gram sahaja.



RESEPI BASIC DOUGH my style oooppss Kak Nor style
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2
  • 380gm tepung high protein (tpg roti)
  • 3 sudu besar susu tepung
  • 80gm gula castor
  • 3 sudu kecil yis segera
  • 1 bj telur A ~ dikocok sket dgn garfu
  • 100ml air
  • 100gm water roux
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 30gm butter
  • 30gm shortening


Cara2
  1. Masukkan bahan air, telur dan water roux ke dalam bread maker (BM) dan lepas tu masukkan bahan2 kering spt tepung dan susu tepung.
  2. Letakkan gula dan yis di satu penjuru manakala garam di penjuru yg lain.
  3. Tekan suis on pd BM dan setkan pd mode dough.
  4. Tekan start dan biarkan ia menguli utk seketika.
  5. Bila dah membentuk sebiji doh boleh la dimasukkan butter dan shortening.
  6. Biarkan sehingga proses menguli selesai.
  7. Biarkan ia naik hingga 2x ganda atau BM berbunyi menandakan proses sudah tamat.
  8. Boleh la dibentukkan doh td mengikut citarasa anda.
#kalau nak doh yg lebih lembut dan gebu boleh la diulang proses menguli tu sekali lagi.

water roux: (menggunakan kaedah 1:5 .. 1 utk tepung, 5 utk air.. )
  • 50gm tepung gandum
  • 250ml air
  1. Masukkan dlm kuali/pan dan panaskan dgn api sederhana.
  2. Hendaklah sentiasa dikacau supaya tak berketul.
  3. Kacau hingga pekat dan padamkan api ( dlm 2 minit jer)
  4. Bila sejuk masukkan dlm bekas bertutup dan simpan dlm peti ais sehingga nak digunakan.
  5. Keluarkan dr peti ais, biarkan hingga pd suhu bilik baru lah digunakan.
Alif's favourite. milo ice blended



    8 comments:

    Mas said...

    kak sam...rahjinnya meroti...
    sedapppppppppppp tu....

    Sue @ Nenie said...

    Salam Kak Sam...gebus2 roti ni...Saya klu roti sosej macam ni suka buh sos dan mayonis lebih siket....

    Kak Sam said...

    Mas...
    Terima kasih bebanyak kerana telah mengoda akak. memang mabeles roti ni.

    Kak Sam said...

    Sue...
    Bila buat sendiri kita boleh letak ikut kita kan. Tu yang makan tak hengat.

    rahel said...

    Salam Kak Sam...
    gue mau singgah minum petang ni..ada orang kat umah k?

    tun_telani said...

    wah.. rajinnyer meroti! tun pun terasa mcm nk meroti jugak lah.. mmg roti letak sosej yg paling laku sekali bila tun buat.

    Kak Sam said...

    Rahel..
    mana ni tak sampai2 pun. jenuh menunggu kamu untuk minum sama

    Kak Sam said...

    Tun...
    Sekali sekala buang tabiat memang best. Kalau nak meroti tu buat lebih2 yea mana tahu kan kut2 akak mai bintulu. hehehe