MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, July 6, 2012

Kenangan Terindah 1 : UMRAH 2012

Assalamualaikum w.b.t
Setelah hampir sebulan meninggalkan MyHomework, alhamdulillah hari ini diberikan kesempatan untuk meneruskan minat yang sukar untuk dihapuskan. Untuk bercerita pasal masakan atau makanan mungkin lambat lagi kerana dapur pun dah lama tak berasap. Dalam masa terdekat ni hanya n3 berkaitan pengalaman menunaikan umrah bermula 15 hingga 27 Jun 2012 akan dikongsikan. Semoga perkongsian ini akan dapat memberikan semangat untuk teman-teman menjejakkan kaki ke tanah suci. InsyaAllah. Secara peribadi saat berada di sana adalah merupakan detik2 terindah dalam hidup ini. Jika izinkan oleh Yang Maha Esa ingin rasanya selalu ke sana.

Keindahan Masjid Nabawi atau Masjid Nabi

Kubah yang menandakan kedudukan Makam Nabi Muhamad S.A.W. Setiap kali memandang ke arah ini pasti akan menimbulkan rasa sayu di hati. Walaupun tidak pernah bertemu baginda tapi terasa terlalu dengat dengannya. 

Tiga diantara sepuluh menara yang terdapat di masjid nan indah ini. Pembinaan yang begitu cantik dan mengagumkan.

Payung-payung  yang cantik ini dibina di sekitar masjib bagi memberikan keselesaan jemaah ketika berada di luar masjid. Payung ini dibuka pada jam 6.00 pagi. Sayang sekali kerana tidak berkesempatan untuk menyaksikan saat-saat ianya dibuka dan ditutup. Semoga suatu hari nanti dizinkan oleh-Nya untuk menyaksikan sendiri.

Suasana di sekitar Masjid apabila tibanya waktu solat 5 waktu. Umat islam akan berpusu-pusu menuju ke masjid bagi sama-sama menunaikan rukun islam ke-2. Suasana sebegini amat menginsafkan kerana ianya tidak dapat disaksikan di negara sendiri. Jika adapun ketika solat sunat Hari Raya Aidilfitri, itu pun rasanya masih terlalu jauh bezanya.

Diantara pintu2 masjid yang sangat unik dan cantik. Saat yang paling menakjubkan adalah ketika dapat menunaikan solat sunat di Raudhah dan dapat menghabiskan waktu yang agak lama berhampiran kawasan ini. Terasa sangat dekat dengan junjungan besar Nabi Muhamad S.A.W. Semoga perasaan sebegini akan dapat dikekalkan sehingga ke akhir hayat.

Cukuplah setakat ini, InsyaAllah jika berkesempatan akan ada n3 seterusnya.



    9 comments:

    tun_telani said...

    Subhanallah... mmg sgt indah suasana di masjidil haram. semoga tun pun dipermudahkan utk menziarahi rumahNya =)

    Nur-nba said...

    Assalamualaikum.. Kak Sam, syukur Alhamdulillah.. Akak dah kembali pulang ke tanah air dan selamat menunaikan ibadah umrah..

    Rindu dengan kenangan waktu di sana.. Nanti akak kongsikanlah gambar2 terkini waktu di sana ye.. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita.

    Amie said...

    Alhamdulillah... mudah-mudahan akan menyusul di kemudian hari.

    Kak Sam said...

    Tun....
    InsyaAllah. Perkara yang baik pasti akan dipermudahkan

    Kak Sam said...

    Nur-nba...
    InsyaAllah kalau diberi kesempatan, akan cuba catatkan detik2 indah tu di sini. Walau pun baru je lagi tapi terasa ingin ke sana lagi.

    Kak Sam said...

    Amie..
    InsyaAllah. Kita doakan agar amie pun akan dapat menikmati detik2 indah di sana.

    AZLITA AZIZ said...

    salam Kak Sam

    Teringat kenangan ita di sana..
    Rindu serindu rindunya..
    rasa mahu kembali semula ke sana...

    selamat kembali kak Sam

    Evelyn Gemina said...

    Salam kak sam...thnks sbb sudi join blog saya yang tak seberapa tu...selamat berkenalan : )

    Orked said...

    Seronoknya dapat pergi ke sana