MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, July 9, 2012

Rukun Umrah Yang Pertama: NIAT

Assalamualaikum.w.b.t
Tangga 18 Jun 2012 setelah melakukan ziarah wida' dengan Rasulullah S.A.W, rombongan kami berangkat ke Makkah bagi menunaikan ibadah umrah. Terdapat 5 rukun umrah iaitu berniat di miqat, tawaf, saei, tahallul dan tertib. Berikut adalah lokasi miqat yang sempat dikunjungi bagi melakukan rukun umrah yang pertama.

Lokasi 1: Bir Ali 

Masjid Bir Ali adalah tempat Miqat bagi penduduk Madinah yang akan melaksanakan ibadah umrah atau haji, seperti yang dilakukan oleh Nabi. Masjid ini tidak terlalu jauh dari Madinah, mungkin sekitar 15-20 minit dari kota Madinah. Dari sini perjalanan menuju ke Makkah mengambil masa kira-kira 5 jam.

 Lanskap yang indah dan laluan pejalan kaki yang mendamaikan.

Lokasi 2: Hudaibiyah (Syumaisi)

Di sini tempat Nabi terhalang memasuki Makkah untuk menunaikan umrah pada tahun ke 6 Hijrah.  Di sinilah berlakukan Perjanjian Hudaibiyah di antara Nabi dengan orang Quraish Makkah. 

 Suasana di luar masjid, para jemaah dan penjual saling tawar menawar dalam berjual beli.

Lokasi 3: Ja'ranah 

Tempat miqat Rasulullah s.a.w. yang mana lebih afdal berihram di sini.

Lokasi 4:  Tan'aim

 Lokasi miqat yang paling dekat dengan Makkah di mana tambang bas hanya 2 riyal. Di sini ialah tempat miqat isteri Nabi iaitu saidatina Aisyah.


Di atas adalah merupakan lokasi miqat yang sempat saya singgahi bagi umrah kali ini. Bagi mendapatkan maklumat berkaitan lain-lain lokasi miqat, bolehlah berkunjung ke Hidup Biar Sayang Allah. Boleh juga singgah di Blog Haji Arshad untuk mengetahui Kehidupan Makkah.


    5 comments:

    ummiaisyah said...

    salam ukhwah kak sam..terima kasih sudi dtg k dapo sy..terima kasih juga krn berkongsi pengalamn umrah..sy tak pernah sampai lagi..tp hati tu tringin sgt nk sampai..smtara ni tgk je la gambo dulu..

    Unknown said...

    salam kak Sam...

    ooo kak sam pun pergi umrah juga tahun ni ya? Ramai sungguh sahabat blogger yang jejak kaki ke tanah suci menunaikan umrah tahun ni ya. Moga yus juga dapat sampai ke sana satu hari nanti...amin.

    Mamasya said...

    Salam Sam.Alhamdullilah Sam dah selamat mengerjakan Umrah....pastinya kenangan di Tanah Suci paling dirindui...

    anymz said...

    salam sam,alhamdulillah sudah selamat kembali dan semoga mendapat umrah yg mabrur..pasni pasti rindu lagi nak ke sana..

    Anonymous said...

    salam sukses gan, bagi2 motivasi .,
    Hargailah hari kemarin,mimpikanlah hari esok, tetapi hiduplah untuk hari ini.,
    ditunggu kunjungan baliknya gan .,.