Assalamualaikum w.b.t
Alhamdulillah hujung minggu lepas diizinkan oleh Yang Maha Esa untuk menjalani ibadah puasa. Jadi bila sedang menahan lapar dan dahaga nafsu makan memang tinggi, ye la macam2 menu yang difikirkan untuk dijamah kala azan berkumandang. Tapi memang takdenya nak masak macam2 sebab hubby ngan alif balik kg, tinggal mama ngan aqil je. Sesuai le sangat masa ni untuk menikmati dessert kegemaran kami berdua iaitu puding karamel. Kali ini cuba resepi lain yang selalu tengok kat dapur kak rosaliza. Tapi kuantiti tu saya kurangkan sebab kalau loyang 8" macam banyak sangat. Tapi takde le pulak loyang 4", jadi saya adjust kuantiti bahan bersesuaian dengan saiz loyang 160cm. Kalau nak loyang 8" boleh tengok kat dapur EKR.
RESEPI PUDING ROTI KARAMEL
Sumber: Kak Rosaliza
Bahan2nya
- 1 1/2 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
- 3 keping roti gardenia
- 3 biji telur saiz M - di pukul manja dan di tapis
- 3/4 cawan air suam
- 3/4 cawan susu cair
- 1/4 cawan susu pekat manis
- esen vanilla
Cara- cara
- Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus, kemudian ketepikan.
- Panaskan pengukus. Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
- Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
- Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak. (saya kukus selama 45 minit)
7 comments:
Saya suka makan puding begini... mengenyangkan!
lama mas tak buat puding roti karemel....
jadi teringin lak...
Cantik n mulusnya puding roti, rasa mcm dh lama tak buat ni terliur tgk
Amie...
betul tu. dah dapat makan ni dah tak fikir benda lain
Mas...
Mana nak memuding asyik sibuk melenggang je. Hope bisnes terus sukses
Kak Rosa...
Buat le cepat kak. memang best puding ni. tq kak
Bila la saya nak pandai buat Puding ni...
Post a Comment