MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, September 22, 2013

Bukan Sekadar Resepi : Aroma Antara Benua

Assalamualaikum w.b.t.....
Tiba-tiba tercetus idea untuk memasukkan 1 lagi label di MyHomework, BOOK REVIEW... Ye la kalau fokus pada resepi je pun tak ke mana sebab menu yang dikongsi hanyalah sekadar mencuba resepi yang dikongsi oleh sifu-sifu masakan di alam maya. Nak cuba resepi sendiri memang tak de le sebab kadang2 dah ada resepi depan mata pun tak menjadi. Bukan salah resepi yea tapi salah orang yang mencubanya. Lagipun Allah S.W.T telah mengurniakan insan-insan yang hebat memasak di sekeliling saya, arwah mak, ibu mertua, kakak2 dan kakak2 ipar. Kalau rasa nak makan menu yang sedap cuma bagitau sahaja pasti akan terhidang. Lagi terharu apabila ditanyakan dan diberi pilihan makanan yang ingin dinikmati, alangkah bahagianya hidup. 



Berbalik pada tujuan asal entri ini, buku pertama yang ingin dikongsi bertajuk BUKAN SEKADAR RESEPI : AROMA ANTARA BENUA karya ROZA ROSLAN. Buku pertama karya penulis yang saya beli setelah membaca buku-buku karya suami beliau, Prof. Muhd Kamil Ibrahim. Saya berjaya menghabiskan bacaan dalam tempoh 2 hari 1 malam ketika berada di wad. Begitulah kehidupan, jika tidak diduga pasti kita terleka dan masa yang ada tidak dimanfaatkan sebaiknya. Menariknya buku ini menceritakan pengalaman hidup seorang insan bergelar isteri yang sentiasa berada di sisi suami dalam apa jua keadaan. Seorang anak kampung yang telah menjelajah seluruh pelusuk dunia demi menyokong cita-cita suami tercinta. Subhanallah, Maha Suci Allah setiap pengalaman, dugaan dan cabaran dilalui dengan tabah dan hanya berserah kepada Yang Maha Esa. Sebagai pembaca terasa betapa bertuahnya penulis kerana dianugerahkan nikmat kehidupan yang sangat besar, tapi disebaliknya hanya beliau sahaja yang mengetahui. Disamping itu juga setiap resepi yang dikongsi adalah berkaitan dengan pengalaman yang dilalui dan ianya tampak sungguh mudah (maaf saya masih belum berkesempatan mencuba kerana perlu kawal pengambilan makanan buat masa ini). Jika ingin mencuba resepi dari sudan, brunei, beijing, mesir termasuk 14 resepi dari timur tengah yang dikongsi sebagai bonus kepada pembaca sila dapatkan buku ini di pasaran dengan segera. Perkara yang terpahat di hati saya adalah sentiasa beserah kepada Yang Maha Esa dalam apa jua keadaan/ perkara termasuklah ketika menyediakan makanan serta memuliakan tetamu alam apa jua keadaan sekalipun.

Sedikit petikan dari buku:

"Ya Allah ya Tuhanku, mudah-mudahan makanan ini menjadi penawar kepada segala penyakit dan memberi kesihatan yang baik kepada kami. Semoga ia kena pada selera tetamu kami lalu mereka bersyukur dengan nikmat kurniaan-Mu. Ya Allah, jadikan kami manusia yang tunduk sujud menyembah dan beribadat kepada-Mu"

"Manusia tidak boleh dinilai secara luaran misalnya berdasarkan harta, pangkat dan rupa paras. Nilailah mereka berdasarkan hati sanubari"


    4 comments:

    ZalinZalina said...

    Saya pun meminati kedua2 mereka suami isteri...selalu juga baca status Prof. Kamil di FB.. seronok baca pengalaman diorang tinggal di Mekah dan Madinah :)

    ibh_sue said...

    Asslmkm kak.
    Lama x bw kat sini. Sue nak cari jg buku ni. Tp still x sempat lg pi cari.

    anymz said...

    mmg byk manfaatnya buku2 yg di hidangkan kpd kita oleh kedua suamiisteri ni..^_^

    terimakaseh sudi singgah di mykitchen ya sam..rindu korang semua

    tun_telani said...

    Salam sayang kak sam.. bila due? semoga akk n baby sihat sentiasa.. tun buku resepi berlambak2 kat umah, xsempat nk buat jugak..