Assalamualaikum w.b.t....
Tak tahu nak buat mukadimah macam mana tapi memang dah lama terfikir nak buat N3 berkaitan susu ibu. Kalau kita search digoogle berkaitan susu ibu pasti pelbagai maklumat dapat diperolehi dan kadang kala maklumat itu adalah sama yang di copy & paste sahaja. Tak pe la setiap orang ada cara yang tersendiri dalam berkongsi ilmu, tips, pengalaman dan coretan. Setelah 3 1/2 bulan berlalu, In Shaa Allah saya akan kongsikan pengalaman sendiri dalam melalui detik2 penyusuan secara eksklusif untuk Mohamad Ariq Dzakwan.
Pada saya perkongsian ini adalah penting kerana saya gagal memberikan yang terbaik kepada abang-abangnya dulu. Mohamad Alif Daniel dan Mohamad Aqil Dzaki hanya dapat menikmati air emas tidak sampai 3 bulan. Punca utama adalah kurangnya pengetahuan berkaitan kehebatan susu ibu dan kira nak senang je, jadi susu formula menjadi pilihan. Alhamdulillah dengan adanya kempen susu ibu yang semakin meluas jadi diperingkat awal kehamilan saya berazam untuk meyusukan si kecil sekurang-kurangnya 2 tahun. Doakan agar impian ini akan menjadi kenyataan. Perjalanan ini akan dikongsikan sedikit demi sedikit disebabkan keterbatasan waktu. Semoga ianya dapat membantu ibu2 yang memasang impian yang sama terutamanya ibu yang bekerja.
2 comments:
Assalamualaikum,
Lamanya tak sembang.... saya pun sama juga, dua anak sulung saya tak dapat air emas... memang terasa penyesalan yang teramat sangat! Syukurlah akhirnya insaf & sedar. Anak ketiga dapat menyusu badan sepenuhnya malah lebih dari 2 tahun ... sampai 7 tahun! Anak bongsu sekarang ni dah 10 bulan.... walaupun campur susu formula sekurang-kurangnya di awal kelahirannya dapat melihat dia membesar dengan air emas sendiri
Waalaikumsalam kak amie...
Adohai sampai 7 tahun. Hebat tu... Memang tak sangka sangat boleh sampai ke tahap ini. Teruja dan risau pun ada takut hajat tak kesampaian. Moga Allah murahkan rezeki anak2 kita.
Post a Comment