MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, June 18, 2015

Amalan di Bulan Ramadhan # 2


Assalamualaikum w.b.t.
Sedikit tambahan entri semalam, amalan yang paling mudah dilakukan tapi besar ganjarannya adalah berzikir. Boleh dilakukan dimana-mana sahaja pada bila-bila masa. Teringat ceramah ustaz semasa ceramah ramadhan 2 tahun lepas, katanya beliau akan pastikan dapat berzikir paling kurang 1000 kali sehari semasa memandu. Perkara mudah tapi tak ramai yang sedar, dengan ada pelbagai gajet2 zikir dipasaran sekarang mudah saja untuk kita melakukannya. Jika bibir kita sentiasa dibasahi dengan memuji kebesaran Ilahi pasti hati menjadi tenang.


Menghadiri majlis ilmu juga amatlah digalakkan kerana semasa mendengar ilmu yang disampaikan seolah-olah kita berada di taman syurga. Semoga apa yang didengari dan dicatat boleh dijadikan sebagai panduan untuk kita menjadi muslim yang lebih baik dalam mengejar syurga Allah s.w.t. 

“Barang siapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu maka Allah memudahkan jalannya menuju Surga. Sesungguhnya para Malaikat membentangkan sayapnya untuk orang yang menuntut ilmu kerana redha atas apa yang mereka lakukan. Dan sesungguhnya orang yang berilmu benar-benar dimintakan ampun oleh penghuni langit dan bumi, bahkan oleh ikan-ikan yang berada di dalam air.”

[Hadits shahih, diriwayatkan oleh Abu Dawud (no. 3641), Tirmidzi (no. 2682), Ibnu Majah (no. 223), Ahmad (V/196), Ad-Darimi (I/98), Ibnu Hibban (88 – Al-Ihsan dan 80 – Al-Mawarid)


Banyak lagi yang boleh kita lakukan didalam bulan rahmat ini, setiap amalan dan kebaikan yang dilakukan berkali ganda ganjaran yang dijanjikan oleh Allah s.w.t. Rahmat dan barakah yang tiada dalam bulan yang lain.  

    No comments: