MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, September 10, 2015

Resepi Kuih Cara Manis

Assalamualaikum w.b.t

Sejak makteh ajar buat kuih cara sendiri haritu seronok pulak rasanya. Tambah semangat bila anak-anak makan dengan begitu selera. Selain daripada adunan yang makteh ajarkan, saya juga mencuba resepi yang dikongsikan oleh sifu-sifu masakan saya dialam maya ini. Kali ini saya panjangkan resepi Ros Jintan Manis yang jauh merantau di Osaka, Jepun sana.


RESEPI KUIH CARA MANIS
Sumber resepi: rosmarlina @ jintanmanis.com

Bahan-bahan
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 3 sudu besar gula
  • 1 sudu kecil garam
  • 3 1/2 cawan santan
  • sedikit pewarna hijau dan esen pandan ( ros gunakan esen coconut pandan yang warna hijau tu)
  • Untuk inti kuih cara - sedikit gula pasir
( kalau nak letak jus pandan pun boleh, kurankan kuantiti santan tu, jadikan 3 cawan santan, 1 /2 cawan jus pandan)

Cara-cara
  1. Dengan menggunakan blender, kisar tepung gandum, gula, santan, garam, telur sehingga semuanya sebati, kemudian tuangkan ke dalam bekas adunan dan titikkan pewarna hijau dan esen pandan.
  2. Perap adunan selama 30 minit, panaskan acuan kuih cara, dan gliss acuan dengan minyak masak, curah kan adunan tapi jangan terlalu penuh, masukan sedikit gula sebagai inti, tutup acuan dengan tudung periuk dan biarkan beberapa minit.
  3. Angkat dengan lidi dan sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba.

3 comments:

IMaH said...

suka kuih cara ni. Tapi kena beli acuan dia dulu baru blh try buat. Tq for recipe

Fida Z Ein said...

Kuih ni antara kegemaran juga...malas nak buat (sekarang la)....selau saya beli sahaja kalau nak makan sebab ada orang jual...

bil bil said...

resepi kuih