MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, November 9, 2015

Pantasnya ZALORA

Assalamualaikum w.b.t

Rasanya pernah dah bagitau yang saya ni bukannya suka order barang secara talian, memang rasa tak yakin sangat macam-macam yang duk fikir takut barang dah sampai tak sesuailah, takut kena tipulah, takut lambatlah dan macam-macam lagi.



Alhamdulilah haritu Allah bagi rezeki dan saya order barang kat ZALORA. Masa nak pilih tu memang lama, entah berapa kali duk masuk website ZALORA. Sudahnya malam 27.10.2015 jam 11.18  malam aku siap pilih mana yang berkenan dan sahkan pembelian. Rasanya barang akan sampai dalam tempoh 5 hari. 



Tanpa disangka-sangka pagi 29.10.2015 sekitar jam 11.00 pagi staff mai bagi bungkusan ZALORA, masa tu tengah kalut nak pergi mesyuarat di luar. Memang tak sangka pesanan akan diterima dalam tempoh kurang dari 48 jam, dan lagi happy barang-barang yang dipesan menepati citarasa. Terima kasih ZALORA. 



    No comments: