Assalamualaikum......
Yeehaaaaaa kek karamel lagi. Semalam masa tunggu kek tu masak sempat le mengadap lappy, bila on je FB nampak ummi syifa duk tayang keknya yang cun melecun tu. Jeles akakkkkk. Kalau orang rajin buat memang cantik le kejadiannya, tapi kalau orang malas macam kita ni alamatnya 2 kaler je la. Itu pun kalau ikutkan tak mau bubuh kaler2 tapi takut tak berseri le pulak. Kenapa hijau purple erk? Jawapannya adalah teringat kat kawan yang memang suka kombinasi kaler ni masa kat RPS dulu. La ni dia pensyarah kat KLMU. Semalam kat FB tengok dia menang gambar pilihan Songket Moden, memang kreatif le cik kak ni. Lagi 1 sebab yang tak boleh dinafikan adalah kaler purple tu baru beli petang semalam, kira buat perasmian le. hahaha. 1st time buat kek ni refer kat dapur anna qawina, memang sedap giler, lembut, gebusss, lemak, berkrim dan macam2 lagi le pujian yang boleh diberikan. Semalam sampai awal kat rumah sebab lepas lunch hour ada taklimat di teluk kumbar dan terfikir untuk buat kek ni kerana pagi tadi ada mesyuarat bahagian, jadi sesaja le nak bagi anak buah merasa. Kesian juga kat depa ni sebab la ni JJ cengih je silap sikit kena maki, muka masam memanjang. Hahaha kata kat diri sendiri tak pe kan? Lagi pun pagi ni buat rombakan sikit terhadap pembahagian tugas. Terpaksa sebab staff makin lama makin kurang tapi kerja makin lama makin banyak. Tambahan sekarang ni dah nampak bayang2 pilihanraya tak lama. Kejap2 kaler merah panggil, kejap2 kaler biru panggil, kejap2 kaler hijau panggil rasa macam nak bahagi2 kan je badan ni.
Untuk kek yang kedua ni saya ambil resepi dari dapur kat Ita Masam Manis, weekend lepas sempat le geledah dapur ni, Ya Allah terjojol mata saya semasa nengokkan makanan2 yang dijamu kat situ memang terbaik le. Rasanya dah ramai yang guna resepi ni termasuk Diana, Kak Ummi dan banyak lagi. Huyoooo panjang giler citer malam ni, kepada kak Azlita saya memang tabik spring dengan anda semoga akak akan terus diberi kemudahan olehNya untuk berkongsi resepi dan cerita di fromintankitchen.blogspot.com. Izinkan saya cnp di sini (hehehe kalau ikutkan nak usung gambor2 tu sekali tapi nanti kalau kak ita saman tak mampu le pulak nak bayor)
RESEPI KEK KAREMEL
by : Munirah Baharum
Sumber: Kak Azlita Masam Manis
Gula Hangus
- 2 sudu besar gula pasir
- Sediakan loyang 8 inc.
- Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
- Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
- Ratakan gula dgn menyenget2 kan loyang kiri dan kanan
- Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras.
- Ketepikan
- 1/2 tin susu cair
- 70g gula castor
- 1/2 sudu teh esen vanilla
- 3 biji kuning telur
- Kacau susu dan gula hingga gula larut.
- Kacau telur dan esen perlahan.
- Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
- Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
- Ketepikan.
(Adunan ni tak perlu di bakar dulu ye! kita akan bakar adunan ni bersama adunan kek nanti )
Adunan Kek Bahan 1
- 70g gula kastor
- 3 biji telur kuning
- 135ml air
- 45ml minyak masak
- Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
- Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.
- 140 gm tepung gandum
- 1 sudu teh baking powder
- Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
- Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
- Ketepikan.
- 6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
- 70g gula castor
- 1 sudu teh krim of tar2
- Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
- Pukul putih telur hingga berbuih
- Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
- Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
- Gaul rata secara kaup balik
- Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.
- Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.
- Letakkan pewarna yang anda sukai
- Kemudian tuangkan adunan kek ni ke atas lapisan karemel tadi.Belang- belangkan adunan
- Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
- Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
- Akhir sekali dengan satu sudu.
- Lorekkan atas adunan dengan lidi.
- Panaskan oven terlebih dahulu. Ita panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven ita tukar pada suhu 160C
- Gunakan api bawah sahaja.
- Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.
- Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi
- Letakkan pada rak bawah dalam oven.
- Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.
- Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.
- Selepas masak ita biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.
- Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.
- Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.
- Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.
- Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.
Nota 1:
Jika menggunakan loyang yg berpatri. Jangan lupa untuk balut dasar loyang dengan kertas aluminium untuk mengelakkan air masuk dalam adunan kek.
Atau letakkan tapak pada loyang air panas untuk mengelakkan air masuk dalam loyang.
Nota 2:
Jika menggunakan oven gas kedudukan loyang air panas di letak di bahagian bawah dan loyang kek di sebelah atas. Ini adalah seperti yang di ajarkan oleh kak Zuriani
Nota 3:
Gambar2 diatas hanyalah sekadar bahan bukti semata2. Memang hodoh sangat sebab masa potong dan masukkan bekas mata dah hampir terpejam.
7 comments:
cantik dh la tu kak....warnanya pun menarik dan kek ni memang terbaik..sedap:)
meh nak tabik spring skit..toing3x..dah jadi pakar kek karemel dah nih!
Kak OI..Dah cantik cun melecun dah tu kak..Sama juga kale kita eks,cuma sy tmbh pink n kale asal jer,so jadilah 4kale,hihi..Rajin akak eks wat byk kali,sy bab nak asing telur n boh kale yg malas tuh,ngee..
salam sam..kek ni mmg unik..dh pernah cuba raya thn lps..yummyumm
aa betul ckp kak nieza dan lain2 tuh..memang dah cantik dah..kaler ungu dan hijau memang cantik..lulus unt tayangan hehehe
wahh.. sekali buat mmg pasti nk buat lagi ye kak sam?? bila ntah tun nk menerai nyer..
dah cukup cantik la kak sam.... jeles pulak nengoknye...memang betol la... kalau dh terkene badi kek karemel ni..buat sekali mesti nak buat lagi dan lagi...
Post a Comment