Assalamualaikum.....
Akhirnya dapat juga menikmati keenakan kek ini. Ramai yang dah buat kek yang lazat ini dan ada yang dah buat banyak-banyak kali. Bukannya apa kalau nak link kan pada semua teman2 dan sifu2 yang dah buat mesti makan masa 2 jam. Lagipun tak sanggup nak ulang tengok kecantikkan kek yang telah mereka hasilkan. Sebenarnya buat kek ini dibuat ahad lepas yang mana petang tu hati memang tak keruan kerana memikirkan apak di kampung. Jadi untuk tidak memikirkannya sangat jadi saya menyibukkan diri di dapur. Masa asingkan telur kuning & putih, kuning telur yang terakhir masuk sikit kat dalam putih telur yang dah ada 5 biji tu. Punya le risau sebab hasue pernah pesan kalau nak buat maringue ni kena purely putih. Pelan-pelan buangkan kuning telur tu dan tawakal je untuk teruskan juga. Masa masak pulak punya le takut karemel bawah tak masak, cucuk dan pusing itu le kerjanya. Yang lagi best lepas je 1/2 jam, terus telangkupkan kek atas pinggan, punya le syok tengok. Sekali tak sampai pun beberapa minit karemel jadi merekah dan kek jadi basah, rasa nak nangis masa tu. Hodoh dan comot sangat dan dengan rasa hiba potong je. Bila dah masuk mulut MASYAALLAH sedapnya, terus hilang rasa terkilan tu. Cuma lain kali kalau nak buat kena sejukkan dalam peti ais dulu pastu baru ngap. Kepada yang belum buat jangan tunggu lagi, kek ini memang sangat sedap.
Sumber: Anna Qawina
Bahan-bahan : Loyang 22cm/25cm ~ saya guna loyang 20cm
(A)-Gula Hangus
- 2 sudu besar gula (utk bt gula hangus)
- *tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang)
- Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu)
- 1 cawan susu cair
- 1 cawan susu pekat manis
- 1 sudu teh esen vanila
- 3 bj kuning telur
- 2 biji telur (putih & kuning)
(C) - Lapisan Kek
- 140 gm tepung gandum *Ayak bersama baking powder
- 70 gm gula kastor
- 3 bj kuning telur
- 135 ml air biasa
- 1 sudu teh baking powder
- 45 ml minyak msk
- 2 sudu besar susu pekat manis (Ana tambah)
D) Merinque
- 6 bj putih telur
- 70 gm gula kastor
- 1 sudu teh krim of tartar
- Cara-cara :
Cara-Cara
- Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan
- Kacau semua bhn (B) perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye..
- Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan.
- Pukul bahan (C) *Campurkan semua sekali & pukul guna senduk je..ketepikan.
- Pukul sampai bhn (D) smpai jd kembang & bila kita angkat dia x jatuh...(meringue)
- Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je.
- Bahagikan kpd beberapa bahagian & letak pewarna n paste kalau nak.
- masukkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B)..selang seli warna, letak ditengah2 loyang, adunan kek akan terapung.
- Adunan kek sebelum dibakar
- Bakar cara double boiling (Loyang kek berada di dalam loyang berisi air panas) - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya)
- Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit,
- Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam baru terbalikkan kek yg dibakar tadi...masa ni dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek.
- Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman.
- Sedap dimakan sejuk.
13 comments:
Kak sam, memule tgk tadi ingatkan puding pelangi rupanya ratu kek ni... teringat macam2 kisah pasal kek karamel ni kan, yang jadi yang tak jadi... saya pun teringin nak buat lagi...
Waaaa....teringin bebeno kak cek nak rasa kek ni...sume org dok ramai dah yang buat...sedap ek...bilala nak buat ni....:D
Cheq Sue...
tu je gambor yang ada nak ditayang. Yang lain tu semua sememeh je. Buat tau jangan tak buat
Cik Cek...
Kek ni memang kena dengan tekak saya. CC cuba le mana tahu kena jugak
Salam kak sam..liza follow yer..
Liza bru last week buat kek ni utk besday anak dara...mmg best sesangat kan...hiihi..jemput singgah blog liza yer..
Salam Kak Sam. ALong ajer yg belum buat ni.... dulu ada buat tapi takda warna. Hubby tak suka makan karamel...
Liza....
sat lagi akak mai sana. Kut kalau ada apa2 yang boleh dijamu malam ni.
Along...
Hubby saya pun tak suka. Jadi saya ngan aqil je yang makan.
Wuaaaaaaaa....!
kenapa la orang yang pandai-pandai masak ni tak duduk berjiran dengan saya? kenapaaaaa??
wuuaaaaaa >> sambung nangis!
waaa...kak sam.. mmg cantik!!!!!
wahhhhh.. hebat! tun x buat lagi ni.. tgk org buat terliur jugak, tp tunggu blk kg laa, ramai sket tukang mkn nyer. duk sini last2 tun jugak nnti yg kene perabihkan. huhu
kak sam...cantik tuuu...terliur lak saya..hihi
aslmkm kak..huhu...awat saya tertinggal n3 ni? saya g mana yer? balik kampung ke balik bandar? haduihh..cantik kaler akk buat tu..
nak gelak jugak baca kisahnya..hahaha..oppss..saya dulu sblm terjadi yg sebaik2nya kek ni kan, 3 kali buat baru blh makan dgn sempurna..punyala sayang telur yg banyak tu kan..*masa tu rsp 6 bj telur je..*
Post a Comment