MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, February 10, 2011

PUDING KIWI

Assalamualaikum....
Demi untuk menyelamatkan buah kiwi yang dah nak expired tu maka skodeng le dapur sifu2. Jumpa resepi ni kat pantai timur. Disebabkan telah terbukti bahawa puding laici yang dicuba hari tu sgt sedap maka tanpa ragu2 terus le buat menu ni. Seperti yang dijangkakan hasilnya memang best, masam2 manis gitu. Simpan dalam peti ais elok2 bila nak makan ambik sudu terus ngap. Terima kasih pada K.Liza & K. Nor. Minta izin c&p kat sini.
RESEPI PUDING KIWI
versi asal Puding Laici by K.Liza
cNp dari dapur K.Nor

Bahan:
  • 5 gm agar2 serbuk
  • 2 1/2 cawan air
  • 5 sudu besar gula (tambahkan jika suka lebih manis)
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 biji kiwi (blend dgn 1/2 cawan air)
  • sedikit pewarna hijau
  • sedikit hirisan buah kiwi utk hiasan
Cara:
  1. Masukkan air, gula dan agar2 serbuk ke dalam periuk. Masak lah hingga mendidih.
  2. Masukkan susu cair dan kiwi yg diblend tadi serta pewarna hijau. Padamkan api.
  3. Kacau hingga sebati.
  4. Tuangkan ke dalam acuan yg dah dibasahkan dgn air.
  5. Bila puding dah sejuk, masukkan dlm peti ais.
  6. Biarkan sejuk, baru lah dihidangkan dgn hirisan buah kiwi. 




    11 comments:

    ~Norul Mas Hana ~ said...

    bestnyerr...

    Sofea said...

    salam sam..simpan akak sikit ye..tgh panas main oven ni..dari tghari tadi x siap2 lagi projek..:)

    kak Erna said...

    as salam sam..buah kiwi tu pun dah sedapkan..
    kalau dirumah ni..memang tak sempat la buat puding..

    K.Nor said...

    cantiknya puding sam.. lama tak buat puding ni..

    Kak Sam said...

    Alamak sifu datang le. K nor puding laici n kiwi memang superb. Tq ye.

    Norul memang best.

    Kak pia mana ni tak saya tunggu tak sampai2 ni.

    Kak Erna kat rumah ni pun sama. Tapi sbb balik kg lama hari tu, kiwi ni hampir nazak kat dalam peti ais. Tu yang buat misi menyelamat.

    Yatie said...

    Assalamualaikum Sam,
    Terasa2 sejuk je kat tekak tngk puding kiwi ni...dah lama teringin nak buat, tapi tak terbuat2...nak mintak Sam, mesti dah abeskan...hehehehe..

    Kak Sam said...

    Hehehe pandai pun kak yatie. Kalau akak nak nanti saya buatkan. Hehehe

    lina said...

    salam kak sam - sedap nampak nya puding nya tu..anak2 pasti suka ni.

    Kak Sam said...

    Lina memang sedap. Tengok le sapa punya resepi. Hehehe

    inaku79 said...

    mesti sedap ni kak....buah feberet saya ni. maklum la dh duk negara kiwi ni kan. akak penah makan kiwi gold tak? rasa kiwi gold ni lagi manis berbanding kiwi hijau. tp kalernya kurang cantik la... hijau kekuningan mcm kaler buruk.. tp klu makan skali mmg dh x pndang la kiwi hijau yg masyemm....hehehe

    Kak Sam said...

    Ina ni memang buah feveret. Kalau kuning ngan hijau adalah sebelah2 mmg ambik yg kuning. Tapi kalau takde, tu yang ambik kaler hijau. Telan je.