Atirah (bukan nama sebenar) merupakan seorang pelajar tingakatan 4. Keputusan PMR yang lepas tidaklah begitu membanggakan cuma apa yang menggembirakan matapelajaran kegemarannya, matematik dapat A. Semasa sesi orientasi setiap pelajar perlu memilih aliran yang diingini, Atirah yang bercita-cita untuk menjadi akauntan telah memilih aliran yang bersesuaian. Namun setelah pengagihan kelas di buat Atirah di tempatkan di kelas 4 Sains (aliran sains tulen). Dia amat kecewa kerana itu bukan minatnya. Pelbagai usaha dilakukan agar dia ditukarkan ke kelas 4 Perakaunan namun gagal. Antara alasan yang diterima dia mempunyai potensi dan masa depan yang cerah dalam bidang sains. Terdapat juga cakap-cakap yang mengatakan dalam satu kelas bilangan pelajar adalah minimum 15 orang, jika Atirah ditukarkan kelas lain maka kelas 4 Sains akan dibubarkan.
Setiap kali pulang ke rumah Atirah akan mengadu dengan ibunya. Kasihnya ibu manakan sanggup melihat kesedihan anaknya. Si ibu sanggup meredah banjir pada waktu malam semata-mata mahu membuat panggilan talefon kepada saudaranya agar dapat membantu si anak. Berkat usaha dan doa ibu dan bapanya, Atirah berjaya ditukarkan ke sekolah lain dan tinggal di asrama. 14 Februari ketika pasangan kekasih (bukan islam) menyambut Hari Valentine, Atirah melapor diri di asrama tanpa ditemani oleh sesiapa pun. Dia redha.
Keesokkan harinya dia terus menuju ke pejabat sekolah setelah ditunjukkan arah oleh rakan sebilik dan dipertemukan dengan Penyelaras Tingkatan 4. Setelah hampir sejam menunggu Atirah dibawa ke kelas barunya dan alangkah terkejutnya dia kerana kelas tersebut adalah merupakan kelas aliran sains tulen juga. Dia terus bertanya kepada Penyelaras tersebut dan jawapan yang diterima sesi persekolahan telah lama bermula dikhuatiri jika Atirah ditempatkan di kelas aliran lain dia tidak akan dapat mengikuti pelajaran sebaiknya. Atirah amat kecewa dan tidak dapat menerima hakikat ini. Dia telah berputus asa dan tidak memberikan tumpuan sepenuhnya pada pelajaran, fokusnya hanya di bidang sukan sehinggakan dia gagal dalam peperiksaan pertengahan tahun. Tidak terbit sedikitpun perasaan bersalah dalam dirinya kerana tidak minat dengan pelajaran yang dipelajari setiap hari.
No comments:
Post a Comment