Assalamualaikum....
Wa sekarang ni hubby dah pandai request menu. Dalam hati punya le seronok nampaknya dah ada kemajuan le dalam masak memasak ni. Ye la dulu kalau duk masak je mesti benda yang sama, jadi kalau request pun tak gunakan. Entah le dulu rasa masak ni macam susah sangat idea tak berkembang. Tapi semenjak 2 menjak bila duk rajin intai dapur rumah hana, K.nor, CMG banyak rupanya makanan yang mudah dimasak dan yang penting sedap. Tengahari tadi masa nak pergi rumah kenduri hubby kata malam ni nak makan kuey teow goreng. Jadi balik tu terus singgah tesco extra. Dalam duk ambik bahan2 nak masak malam ni sempat lagi ambil arrowhead sebab hubby suka sangat (aku pun suka gak). Disebabkan esok masih lagi bercuti cadangnya lepas operate rumah boleh le buat kerepek lagi. Alhamdulillah masakan malam ni siap dapat pujian lagi (bukan senang tu). Resepi ni dapat masa tersesat kat dapur ct tapi kasi adjust sikit (macam terer je kan). Bukan apa saja duk guna apa yang ada kat dapur tu.
Bahan-bahan
* 450 gm Kuey Teow
* 12 tangkai cili kering - dikisar
* 1 labu bawang besar - dikisar
* 3 ulas bawang putih - dikisar
* Kerang
* 12 ekor udang
* 2 sb sos mee goreng
* 1 sb sos tiram
* 1 sb sos ikan
* Taugeh
* Kucai - tak letak
* 1 biji telur
* Minyak
* Garam
* Air rebusan (Kepala udang direbus. Setelah sejuk, kisar dan tapis untuk mendapatkan airnya).
Cara-cara
1. Cuci dan toskan kuey teow. Ketepikan.
2. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau/ minyak
3. Masukkan air rebusan, sos mee goreng, sos tiram dan sos ikan. Kemudian masukkan udang.
4. Masukkan garam mengikut kesesuaian
5. Pecahkan telur dan kacau sehingga telur sebati (akan jadi pekat). Masukkan kerang rebus.
6. Akhir sekali masukkan Kuey Teow dan tauge. Kacau sehingga sebati. Setelah masak terus masukkan ke dalam bekas dan hidangkan dengan hirisan cili hijau.
No comments:
Post a Comment