Bahan-bahan
• 1 cawan tepung gandum
• 1 cawan gula
• 1/3 cawan serbuk koko
• 1sk baking soda - hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
• 1 biji telur
• 1/2 cawan butter
• 1/2 cawan susu segar
• 1sk esen vanila
• 1/2 cawan air panas
• 1/4 cawan susu pekat
Cara-cara
• Panaskan oven 300 degree F. Griskan loyang 7x11inci dengan butter.
• Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
• Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
• Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
• Masukkan air panas dan esen vanila.
• Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
• Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak.
• Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran.
Ganache saya buat ikut resepi MR. Masa buat tak sempat nak tulis dan sekarang dah lupa. Nanti kena cari balik le nampaknya.
Dah 2 kali buat kek ni. First time tu tak sempat buat ganache sebab dah habis. Tapi bukan hubby n alif yang makan (diaorang memang tak suka cokelat2 ni), kebetulan BIL and family datang. Hakimi yang tolong perabiskan. Seronok sangat masa tu. Yela 1st time buat kek. Terima kasih hana. Hari minggu nya buat lagi sebab bahan2 ada lagi. Esoknya bawa pi opis. Licin gitu. Antara komen2 yang diterima:-
1. Rajinnya pn buat;
2. Pn nanti buat lagi ye yang lagi besar;
3. Suka le pn sebab moist sgt. Mana dapat resepi;
4. Pn nanti buat tambah lagi ye cokelat.
Seronok sangat dan bertambah semangat. Insyaallah hujung minggu nak cuba kek lain plak.
No comments:
Post a Comment