MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, December 19, 2010

uSaha tanGGa jaYa

Assalamualaikum..
Hari ni adalah hari memasak. Ye la sebelum ni kalau masak breakfast, lunch kat luar. Kalau rasa nak masak untuk lunch so breakfast kat luar sebab senang terus pi pasar. Menu breakfast hari ni nasi lemak hentam saje la dengan roti hotdog goreng. Resepi roti ni hari tu ada terbaca kat blog mana tak ingat. tadi try aje le. Alhamdulillah semuanya licin. Nasi lemak memang buat banyak (6 orang makan). Cadangnya tenaghari nak masak laksa tapi hubby kata tak yah. (sebab breakfast sampai 3 pinggan). Siap kata "kenapa le makan kat rumah macam lambat kenyang, kalau makan kat luar tak bertambah pun dah kenyang". Tak paham le. Jadi tiada menu untuk lunch. Petangnya buat popia pisang. Sedap gak. Ada terbaca kat blog tapi tak copy pun. So buat dalam ingat2 lupa le. Janji habis, kat bawah ni saya letakkan resepi roti hotdog goreng dengan popia pisang. Nasi lemak lambat sikit ye.

ROTI HOTDOG GORENG
 Bahan-bahan
* 4 hotdog
* 4 keping roti
* Sedikit tepung + air untuk dijadikan pelekat
* Minyak untuk menggoreng
 Cara masak
1. Hotdog direbus dan ditoskan dan dipotong dua
2. Roti ditekan sehingga padat dan dipotong
3. Letakkan hotdog diatas roti dan digulung. Bahagian hujung roti hendaklah diletakkan pelekat supaya tidak terbuka semasa mengoreng
4. Goreng sehingga bewarna kekuningan.
* Maaf tiada foto sebab tak sempat nak ambil, sekali hadap je dah habis.



POPIA PISANG 
Bahan-bahan
* 20 keping kulit popia
* 5 biji pisang berangan
* Sedikit tepung + air untuk dijadikan pelekat
* Minyak untuk menggoreng

Cara masak

1. Pisang dibuang kulit dan dibelah empat
2. Letakkan pisang yang telah dibelah diatas kulit popia dan gulung
3. Bahagian hujung kulit popia hendaklah diletakkan pelekat supaya tidak terbuka semasa mengoreng

4. Goreng sehingga bewarna kekuningan.
* Sedap dimakan bersama ganache, tapi tak sempat sebab baru nak panaskan popia dah hilang.
* Maaf tiada foto sebab tak sempat nak ambil, sekali hadap je dah habis.


Nanti saya cuba cari balik resepi yang asal ye.

Foto ada resepi tiada

No comments: