MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, December 30, 2010

ORIENTASI TAHUN 1 SK SERI PERMAI

 Bayan Baru - Pada hari ini SK Seri Permai, Bayan Baru telah mengadakan Orientasi Tahun 1. Seramai 280 orang murid telah berdaftar dan diterima untuk belajar di sekolah ini. Kelihatan ramai ibu bapa yang hadir membawa anak-anak ke dunia baru mereka. Terdapat ibu bapa yang baru pertama kali menghantar anak ke sekolah. Murid-murid dan ibu bapa telah berada di kawasan sekolah seawal jam 7.30 pagi.  Pelbagai ragam pelajar dapat saksikan seperti gembira, menangis, malu yang mana inilah warna-warna kehidupan.

Pada jam 8.00 pagi murid-murid dibawa masuk ke kelas-kelas yang telah ditetapkan bagi menjalani Ujian Diagnostik pada jam 8.30 pagi. Pada masa yang sama ibu bapa perlu berada di Kompleks Ko Kurikulum bagi mendengar taklimat yang disampaikan oleh Guru Besar. Diantara intipati taklimat adalah berkaitan sejarah sekolah, peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi oleh ibu bapa dan murid, pencapaian serta hala tuju sekolah. Diikuti pula dengan sesi soal jawab dan berakhir pada jam 11.00 pagi.

Bagi murid-murid pula, setelah 1 jam menduduki ujian mereka di bawa melawat  ke sekitar kawasan sekolah. Mereka juga diberikan makanan yang merupakan sekeping pizza dan air minuman sumbangan PIBG Sekolah. Kira-kira jam 11.30 pagi senarai nama murid mengikut kelas yang ditetapkan berdasarkan kepada keputusan ujian tampal di papan kenyataan. Semua murid dan ibu bapa terus menuju ke kelas masing-masing dimana terdapat 8 kelas semuanya iaitu solar, mercury, venus, earth, marikh, jupiter, uranus dan neptune. Di sini Borang  Maklumat Murid yang telah lengkap diisi dan fail-fail diserahkan kepada guru kelas, penyerahan buku teks kepada pelajar dan pembayaran yuran sekolah oleh ibu bapa. Tidak semua ibu bapa membayar yuran pada hari ini kerana pihak sekolah memberi memberi tempoh selama 2 bulan bagi ibu bapa menyelesaikan semua yuran. Orientasi ini berakhir kira-kira jam 12.30 tengahari dan kepada semua warga baru SK Seri Permai diucapkan Selamat Menempuh Alam Baru serta Selamat Maju Jaya.

~Sebelum Ujian Diagnostik~
~Kelas 1 Venus~
~Blok Kabin yang menempatkan Kelas Solar, Mercury, Venus & Earth~   

~Penerangan oleh Guru Kelas~

No comments: