Assalamualaikum....
1. Ramai membeli hartanah semata-mata untuk pelaburan dan spekulasi pasaran yang akhirnya menyebabkan harga rumah melambung tinggi
2. Sikap pemaju yang mengutamakan pelabur atau spekulator dalam urusan penjualan rumah
3. Program Malaysia My 2nd Home
4. Pelbagai strategi pemasaran yang agresif oleh pihak bank
Hasil kajian Institut Kajian Sosioekonomi dab Alam Sekitar (SERI), indeks harga rumah di seluruh negara tidak menampakkan tanda-tanda akan turun malah dijangka terus melonjak pada tahun-tahun akan datang. Jika ini benar kesannya amat membimbangkan. Penempatan haram atau kawasan-kawasan setinggan akan bertambah, lebih ramai rakyat malaysia menjadikan jambatan sebagai tempat berteduh, timbul pelbagai masalah sosial kerana Rumahku Syurgaku sudah tidak wujud lagi. Pihak-pihak yang berkaitan silalah ambil tindakan segera dan sewajarnya bagi membendung masalah ini. Diantara tindakan-tindakan yang disarankan adalah:-
1. PBT dan kerajaan negeri wajar memainkan peranan penting dan tegas dalam melaksanakan peraturan
2. Kerajaan memulakan dasar perumahan yang lebih spesifik untuk menyediakan perumahan mampu milik terutamanya di kawasan bandar
3. Kerajaan seharusnya meningkatkan keuntungan hartanah bagi mereka yang menjual aset dalam jangka pendek
4. Kerajaan seharusnya menghentikan penjualan hartanah kepada orang asing
No comments:
Post a Comment