MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, December 24, 2010

YONG TAU FOO

Assalamualaikum.....
Hari ni cuti sakan manakan tidak perancangan asal batal jadi pandai-pandailah memanfaatkannya. Hubby ngan anak-anak tak cuti jadi mama pun apalagi melakukan aktiviti-aktiviti yang telah lama tertangguh seperti buat facial treatment dan shopping2. Sementelah berada di giant teringat le misi untuk membuat kuah yong tau foo sendiri, apalagi terus le mendapatkan segala aksesorinya. Alhamdulillah berjaya sebab alif yang tak pernah makan YTF yang dibeli di pasar malam, makan dengan begitu berselera sekali sampai habis 6 ketul hotdog. Resepi minami133@ myresipi. Kat dapur hana pun ada jugak.



Bahan-bahan (5-6 orang)
10 tangkai cili kering – saya tambah 2 tangkai lagi
 gula melaka atau kurozato
 bijan goreng
gula(kalau kurang manis)
1 s.k garam
3 cm belacan – letak sikit je pastu tambah ½ kiub ayam
300 ml air
1 sudu besar minyak
1 1/2 s.b tepung jagung dibancuh dgn 50 ml air
sedikit ajinomoto

Cara-cara
Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil. 
Setelah garing angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
Setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masukkan garam, ajinomoto dan gula(jika gula melaka kurang manis).
Masukkan bijan goreng dan siap untuk dihidang bersama chikuwa, kanikama dan lain-lain.

No comments: