MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, January 25, 2011

AKHIRNYA TEWAS JUA


Assalamualaikum...

Tembok telah dibina antara kerjaya dan keluarga. Namun apakan daya sebagai manusia biasa pada hari ini tembok itu terpaksa diruntuhkan juga. Tekad untuk tidak membawa tugasan pejabat pulang ke rumah telah lebur. Dengan jadual waktu yang baru bermula tahun 2011, perlu keluar daripada pejabat selewat-lewatnya jam 5.30 petang bagi memastikan aqil diambil tepat pada waktunya. 

Sebelum ini pejabat hanya akan ditinggalkan setelah tugasan diselesaikan dengan sempurna walaupun matahari telah melabuhkan tirainya. Tetapi itu tidak boleh diteruskan lagi. 

Walaupun sedar  apa yang dilakukan ini adalah amalan yang tidak baik namun ianya terpaksa diteruskan bagi memastikan kedua-duanya dapat diseimbangkan. 

Semoga Yang Esa akan memberkatinya.  

4 comments:

Nieza said...

comelnya anak akak..hensom boy..:)

Kak Sam said...

tq nieza

Yatie said...

Salam Kak Sam,
Rasanya takleh panggil Kak Sam ni, sbb muda lagi.. anak2 k.yatie dah besar panjang...comel2 anak2 Sam..

Kak Sam said...

Hehehehe....
Tq. Betul tu k yatie. Kak Sam ni nama glamer masa sek2 dulu.