Assalamualaikum...
Sebenarnya n3 nak buat semalam tapi tak berkesempatan sebab duk melayan karenah si aqil. Sekarang ni semakin banyak ragamnya. Masa tidur pun dah semakin lewat. Selagi dia tak tidur memang tak boleh nak mengadap pc sebab banyak kacau ganggu yang akan dibuatnya.
Semalam ada program berkaitan psikologi. Program ni dimulakan dengan sesi Ujian Psikologi selama 1 jam bermula 8.15 pagi sehingga 9.15 pagi. Inilah hasil yang saya perolehi;
Sedang berada di dalam keadaan stress (bahaya ni).
Perlu fokus dalam apa jua yang dilakukan.
Tergolong dalam
Ciri-ciri golongan ini
logikal, cepat membuat keputusan, sistematik, objektif, cekap, terus langsung, praktikal, teratur, tidak mesra, bertanggungjawab, berstruktur dan berhemah.
Ini hanyalah berdasarkan kepada teori yang dicipta oleh manusia dan kita tidak boleh mempercayai sepenuhnya. Namun ianya boleh dijadikan sebagai panduan dalam menjadikan kita sndividu yang cemerlang dalam semua aspek kehidupan.
Soalan yang saya utarakan;
Jika pada hari ini saya adalah ESTJ, adakah jawapan yang sama akan diperolehi sekiranya saya menduduki ujian ini dalam tempoh 1- 2 tahun akan datang?
Jawapan yang diterima:
Ya. Cuma mungkin terdapat sedikit perubahan dalam tingkah laku kita bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran semasa.
Nota: Pernah menduduki ujian ini pada march 2009 dan semak semula fail didapati kategori yang sama.
2 comments:
salam kak sam,
nanti saya nak cuba buat sambal tu..terima kasih..!!! bungkus bubur 1...bayar esok...ekekkkee
Hani
Ni dah siap bungkus. Bila nak mai ambik?
Post a Comment