MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, January 23, 2011

BIHUN GORENG SINGAPORE

Assalamualaikum....
Hari ni kelas belajar memasak terpaksa ditangguhkan demi untuk meluangkan masa secukupnya dengan anak-anak. Bawa diaorang pergi jalan-jalan pastu terus membeli belah keperluan dapur. Makan malam pun yang sempoi je sebab banyak kerja perlu dibuat. Hasrat untuk menunaikan permintaan rakan sepejabat pun terpaksa diperam dulu. Insyaallah satu hari nanti. Semalam cuba meroti, ye la tengok cikgu2 duk meroti je kita pun teringin nak buat. Sekali hasilnya gedegang punya keras. Tensen betul. Dah tahu scale yang ada tu tak boleh dipercaya pi guna jugak. Padan muka :( Menu malam ni bihun goreng singapore resepi dari MyR. Kami buat 1/3 bungkus je. Jadi semua bahan pun 1/3 jugak.


RESEPI BIHUN GORENG SINGAPORE
Sumber: sofinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang makan )
  • 1 bungkus bihun - direndam dulu
  • 300g daging - dipotong kecil2
  • 3-4 keping fish cake - Saya tak letak
  • sayuran campur - carrot, jangung dan kacang pis - Saya tak letak
  • 3 sudu makan cuka
  • 6 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan lada hitam / lada putih
  • 2 biji tomato - potong nipis jika suka
  • garam dan gula secukupnya
  • cili api- potong nipis + kicap sebagai sos 
  • 1 biji telur - ni saya tambah
  • 10 ekor Udang saiz sederhana - ni pun saya tambah
 Cara-cara
  1. Lada hitam ditumbuk halus bersama dengan bawang putih
  2. Panaskan minyak, goreng daging hingga lembut, bubuh air jika masih liat
  3. Masukkan fish cake, dan goreng lagi. Kemudian masukkan lada dan bawng putih, goreng hingga naik bau, boleh di tambah sedikit air untuk melembutkan bihun nanti. Kemudian masukkan cuka
  4. Kemudian masukkan pula sayuran campur tadi, gaul sekejap. Masukkan gula dan garam
  5. Masukkan bihun, gaulkan hingga bihun masak
  6. Apabila bihun masak, tabur tomato, gaul sekejap dan tutup api. Saya tak bubuh tomato sebab anak dan hb tak suka
  7. Sedia dihidang bersama sos kicap (sambal kicap)

6 comments:

hana said...

salam kak.sam sayang...
kiter suker mihun goreng...tp nak buatnyer tak bape pandai.. kdg jadi ancus dah tak mcm ruper mee... hahahaha... mintak sket kak.. lom sarap nih...hihi

Amy Syaquena said...

Tak pernah makan lagi so pasni leh cuba nie...

Kak Sam said...

Hana
Cam tak caya je pada ayat "tak bape pandai" tu. Kul bape tiba kat penang, nanti saya amik kat airport ye.

Amy
Cuba. Senang dan sedap. Sos kicapnya jgn lupa ye.

Ummi said...

salam singgah Sam...waaah lama x pekena mihun Singapore...asyik mihun Kuantan jek...hehee

Kak Sam said...

K Ummi nanti saya pi skodeng resepi bihun kuantan kat dapur k ummi ye.

azieazah said...

Ntah kenapa, bila saya buat Mihun Singapore, tak suka boh lada, tapi tumbuk Cili Padi. Lidah Melayu ni lebih gemor itu...:)

Wahhh tengok gambar jer dah terlior.