Assalamualaikum...
Hari ni masa buat BW kat blog yang saya follow, terdapat blog yang yang menulis mengenai kisah blogger dalam surat khabar semalam dan juga topik pagi ini di Hot.fm. Saya memang tak dengar sebab dalam kereta duk dengar hitz.fm. Setelah membacanya saya terpanggil untuk bersama-sama berkongsi rasa terhadap dunia blog ini. Jadi hari ini korbankan masa makan tengahari untuk buat n3 ni. Ye la mana boleh buat masa waktu bekerja kan.
Hari ni masa buat BW kat blog yang saya follow, terdapat blog yang yang menulis mengenai kisah blogger dalam surat khabar semalam dan juga topik pagi ini di Hot.fm. Saya memang tak dengar sebab dalam kereta duk dengar hitz.fm. Setelah membacanya saya terpanggil untuk bersama-sama berkongsi rasa terhadap dunia blog ini. Jadi hari ini korbankan masa makan tengahari untuk buat n3 ni. Ye la mana boleh buat masa waktu bekerja kan.
Saya ni rasanya baru kurang lebih 2 bulan melibatkankan diri dalam dunia blog ini. Mula daftar pada bulan September 2010. Itupun hanya sekadar suka-suka. Selepas itu ianya tak pernah dijengah sekalipun. Mungkin disebabkan kekangan masa dan tiada idea apa yang mahu ditulis sehinggakan kata laluan pun hilang di ingatan. Sekitar bulan November 2010 terjumpa dengan beberapa blog yang berkongsi hasil masakan mereka. Beberapa mencuba resepi yang dipaparkan dan alhamdulilah menjadi. Bukannya apa pada saya kadang kala resepi-resepi yang disiarkan tu kadang-kadang tidak ditulis sepenuhnya. Apabila mengikuti blog mereka-mereka ini membuka minda saya bahawa banyak perkara yang kita boleh lakukan dengan berblog. Sebelum ini persepsi saya terhadap dunia blog adalah untuk mensensasikan cerita-cerita yang memang dah sensasi dan lebih menjurus kepada platform untuk meluahkan ketidapuasan hati sahaja dan dunia politik.
Suatu hari di bulan Disember 2010 hubby berkata ”Ayang buat le blog kongsikan masakan yang telah dicuba”. Maka bermulalah dunia blog saya. Sejak dari itu saya memperuntukan masa 1 ½ ke 2 jam sehari untuk berblog. Saya mula dapat merasakan keseronokan berblog kerana dan merasakan banyak yang boleh saya perolehi. Diantaranya adalah;
- Dapat mengenali dan menjalinkan ikatan silaturahim sesama manusia w/pun tidak bersua muka;
- Dapat berkongsi cerita dan sedikit ilmu yang ada di alam maya:
- Bersemangat untuk mencuba resepi-respi yang dan paparkan dan secara tak langsung dapat meningkatkan ilmu pengetahuan mengenai masaka memasak;
- Sentiasa berfikir untuk mencari idea bagi menghasilkan n3 di dalam blog saya dimana KPInya adalah 1 hari 1 n3; dan
- Banyak lagi perkara-perkara baik yang saya boleh perolehi hasil daripada berblog.
Pepatah ada mengatakan TANPA PERMULAAN, ANDA TIDAK AKAN SAMPAI KE MANA-MANA. Syukur kepadaNya kerana diberi ruang dan peluang untuk saya terlibat dalam dunia blog. Bersama-samalah kita menjadikan alam blogging ini sebagai platform menuju ke arah kebaikan.
3 comments:
Aminnn.... moga makbul segala doa.
Perkara yang baik menggunakan teknologi pasti akan mendapat sesuatu yang baik juga.
Assalam kak,ya saya pun sama...setuju dgn pendapat akak...:)
Azie n nieza
Semoga apa Yg kita lakukan Akan diberkati olehNya.
Post a Comment