MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, January 27, 2011

BUBUR / MOI AYAM + SAMBAL GETUK

Assalamualaikum....
Demi memenuhi permintaan anakanda tercinta maka inilah menu malam ni. Biasanya kalau masak bubur/ moi ni lawannya mesti ikan goreng berlada. Disebab stok ikan takde maka cuba le buat sambal ni. Bukannya apa hubby kalau masakan tu tak pedas maka cili api akan menjadi ulam. Tengok kat dapur cikgu hana nampak cam menarik je. Tapi bila dah siap kalernya cam tak sama. Belasah je le. Alhamdulillah hubby kata sedap. Bila saya makan, mak ai pedas bangat ni. Ye la cikgu tak tulis kuantiti bahan kat resepi tu maka anak murid pun main taruh je le. Rasanya kalau makan ngan nasi panas pun cam best je. Insyaallah suatu hari akan ku cuba. Resepi ni di kopipes dari SINI.


Resipi Bubur/ Moi Ayam

Bahan-bahan
1 1/2 cwn beras (lbh kurang 250gm)
1 1/2 inci halia di ketuk / titik
2 sk serbuk pati ayam / 1 kiub pati ayam
300gm isi ayam / 1/4 ekor ayam
sedikit garam
1 liter air
Segengam carrot yang dipotong seperti batang mancis (Ni balance masa buat bihun singapore aritu)
* GARNISH *
lada merah- xde
daun bawang n daun sup - x buh
sedikit minyak bijan- x buh!
* AKSESORI TAMBAHAN *
ikan bilis n kacang digoreng
lada jeruk- wat sambal getuk!

Cara-cara
  1. Rebus ayam hingga empuk. Keluarkan ayam dan toskan airnya. Air rebusan ayam jgn dibuang.
  2. Basuh beras bersih. Masukkan beras dlm periuk lebihan air rebusan ayam. Masak beras hingga kembang, masukkan air sikit-sikit. ** Masak bubur ikut suka lembut mcmana kita nak
  3. Bila bubur hampir masak masukkan halia, pati ayam dan sedikit garam.
  4. Bubur bolehlah dihidang dgn ayam rebus tadi (siat kecil), bawang goreng, lada merah n daun sup. Titiskan sikit dgn minyak bijan. sedap mkn ngan ikan bilis n kacang goreng, cili jeruk dan telur masin..siap....
Resepi Sambal Getuk

Bahan-bahan
ikan bilis ~ saya bubuh 1/2 cawam ikan bilis jepun
cili padi ~ saya bubuh 10 biji cili api kg. (sila kurangkan ye)
belacan ~ nak sedap bakar dulu ~saya letak 1/2 inc
sedikit gula ~ jika suka

Cara-cara
  1. Goreng ikan bilis hingga hampir garing, masukkan cili padi yg dah dibelah atau di potong dua. Ni nak mengelakkan cili tu dr meletup.
  2. Goreng hingga cili layu dan ikan bilis td garing.
  3. Angkat dan toskan.
  4. Tumbuk semua bahan termasuk belacan dan gula.
  5. Letak gula ni bukan apa, nak kasi balance sket rasa masin dr ikan bilis dan belacan. Tak letak pun tak per, kalau letak pun bukannya banyak dlm 1/2 sudu kecik jer, bukan sebalang hehe..



6 comments:

Unknown said...

sedap juga mkn moi ni...saya suka buat style bubur lambuk...memang sedap layan moi sekali sekala kan..:)

azieazah said...

Rasanya Sambal tu bukan saja leh makan dgn Bubur, ya dgn nasik panas dan ikan masin pun enak kan?

Kak Azie kalu masak bubur ni suka pecah telur masa dia pekat. Ada lak kacang goreng tu... perhhhh Tak payah tunggu demam nak makan tu.

~Norul Mas Hana ~ said...

wah kak sam..mai semangkuk..hihi

Kak Sam said...

Nieza
Saya x pandai buat style bubur lambuk. Insyaallah 1 day nak try le.

Azie
Betul...betul...betul...

Norul
Mai le akak tunggu ni

NoorMasri said...

salam ziarah...sekali terpandang bubur ayam...adussss tak tahan......rasa cam nak buat juga esok

Kak Sam said...

K Noor
Hehehe dah siap ke buburnya? sat gi saya mai.