Assalamualaikum...
Hari ini dalam sejarah. Untuk hari ini sahaja dah 5 n3. Jangan sok 5 hari takde n3 sudah. Petang tadi tengok alif tido dengan begitu lena sekali. Terfikir plak kalau dia bangun mesti cari makanan. Puding tu memang dia tolak tepi le. Kira dia ni menurun babanya, tak suka makanan yang manis2. Apalagi mama pun terus godeh2 dapur CMG. Jumpa resepi ni, sesuai sangat. Usaha diteruskan demi anak tercinta. Bagai yang difikirkan bangun tidur terus kata "mama abang lapar". Lepas je mandi terus dia mengadap licin 1 pinggan. Tq to K Yatie & CMG dan minta kebenaran kopipes kat sini ye.
RESEPI CUCUR NASI IKAN BILIS
Sumber: K Yatie & CMG
BAHAN-BAHANNYA :-)
- 2 cawan nasi
- 2 cawan air
- 2 1/2 cawan tepung gandum
- 1 biji bawang besar, hiris
- 2 ulas bawang putih, hiris
- 1/2 biji bawang besar, didadu
- 1/2 cawan ikan bilis, cuci dan rendam sekejap, toskan
- 1 biji lada merah, hiris halus
- Daun sup/daun bawang, hiris halus (mat guna daun kuchai)~ saya tak letak
- Garam secukup rasa
- Minyak untuk menggoreng
CARA MEMBUATNYA :-)
- Satukan nasi, air, bawang besar, bawang putih dan ikan bilis dalam alat pengisar. Kisar hingga halus. Gaul bahan2 kisar tadi bersama tepung gandum, daun sup/daun bawang, cili hiris, bawang besar dan perasakan dengan garam secukupnya. Gaul hingga rata. Ketepikan.
- Panaskan minyak untuk goreng terendam. Basahkan sedikit hujung jari dengan air dan jemput adunan tadi dan masukkan ke dalam minyak panas, berhati. Buat hingga memenuhi kuali, tapi pastikan ada ruang.
- Masak dengan api sederhana hingga kuning keemasan. Angkat dan toskan, letak atas paper towel. Buat selebihnya hingga siap.Hidangkan bersama sos cili atau sos kegemaran anda.
3 comments:
mmg sedap ni..nasi sejuk pun tak terbazir kan
salam kak sam,
kunjung balas...saya follow...nak cucuq kit...hehehhee
Izah: Ya betul.
Hani: Finish already. Nanti kalau akak buat lagi akak jemput hani ye. Jangan tak datang tau.
Post a Comment