Assalamualaikum...
Hari ni semangat memasak begitu berkobar-kobar sekali. Teringat Puding Laici yang ada kat dapur K Nor tu. Tengok kat dalam almari semua bahan yang diperlukan ada. So apalagi layan le. Lagi pun boleh le di bawa ke opis esok. Lagi best bila aqil boleh habiskan sampai 2 ketul. Bahagia sungguh rasanya. Resepi ni saya kopipes dari sini. Tq K Nor.
RESEPI PUDING LAICI
Sumber: K Liza & K nor
Bahan2
- 1 paket agar2 serbuk (10gm)
- 5 cawan air ~ cawan metrik
- 8 sudu besar gula ~ lebih kurang 3/4 cawan metrik
- 1 tin susu cair
- 1 tin laici ~ dimesin/blend dgn 1 cawan air laici dlm tin
- 1 helai daun pandan ~ ni k.nor tambah
Cara2
- Masakkan agar2 serbuk atau agar biasa bersama air sehingga mendideh.
- Masukkan gula. Biarkan mendideh lagi. [jika gunakan agar biasa kena tapis]
- Tutup api. Masukkan air laici dan susu cair.
- Tuangkan dalam acuan [terpulanglah nak acuan besar atau mangkuk kecil]. Bila dah sejuk masukkan dalam petisejuk.
- Hidangkan bersama buah laici yang diasingkan tadi.
K Nor buat cam gini
1. blend laici dgn 1 cawan air laici. Blend kejap jer jgn sampai lumat/halus.
2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)
2. lebihan air laici tu K.Nor jadikan kuah masa makan puding tu (sejukkan dulu utk dptkan rasa yg lebih nyaman masa makan hehe)
NOTA
Puding laici ni agak lembut sedikit...so kalau nak makan potongkan [jika gunakan acuan besar] atau tuangkan dalam bekas dan gunakan sudu kecil untuk mmemakannya.....~Yang ni untuk di bawa ke opis. Tuang terus dalam tupperware. Senangkan~ |
1 comment:
assalam sam, lorr sampai hati buat puding laici tak hantar ke rumah kak nor sedulang.. heheh.. sedap tak? :)
Post a Comment