MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, January 8, 2011

KACANG PANJANG GORENG TAUCHO

Assalamualaikum....
Sebenarnya lama dah tenang resepi kat DTS. Hari ni baru berkesempatan nak buat tapi buat separuh je. Kepada CMG minta kebenaran ye kopipes kat sini. Terima kasih daun keladi.
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 10 tangkai kacang panjang, kerat saiz 1+ inci, cuci dan toskan
  • 1 keping tauhu, didadu, kalau lembut, goreng sikit
  • 3/4 camca besar taucho
  • 1/2 camca besar sos tiram
  • Secubit gula
  • 1/4 cawan air

BAHAN TUMBUK LUMAT :-)
  • 1/2 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 biji cili hijau
  • 1 biji cili merah
  • 1/4 inci belacan

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan sedikit minyak, masukkan minyak bijan. Tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan taucho dan sos tiram, kacau rata dan masak sekejap. Tuang air dan biar mendidih.
  2. Masukkan kacang panjang dan tauhu, kecilkan api dan masak hingga kacang lembut. Masukkan secubit gula, kacau perlahan dan rasa, jika ok boleh matikan api. Hidangkan segera bersama nasi hangat atau bubur nasi. - saya tambah cili api kampung 5 biji bagi rasa pedas sikit.

 

No comments: