MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, January 17, 2011

KISAH SI PENIMBANG

Assalamualaikum....
Saje nak kongsi citer pasal penimbang. Aku ni kan baru masuk kelas tadika masak memasak. Jadi sebagai budak yang baru belaja makanya segala keperluan mesti le yang biasa2 je, ini termasuklah kitchen scale. Beli kat pasaraya tapi tak ingat le pasaraya mana. Harga memang cukup murah le kan. Masa duk guna rasa cam tak yakin ngan kejituan dan ketepatannya. Tapi gasak je le. Janji ikut resepi. 

Tadi masa nak mengekek, khidmatnya si penimbang kat rumah ni diperlukan sebab dalam resepi tu ada bahan yang perlu ditimbang. Dengan semangatnya timbang le mentega yang dalam tin tu. Tulis kat tin Berat Bersih 500gm. Secara logiknya mestilah 1/2 tin = 250 gm. Bila dimasukkan dalam penimbang dekat 3/4 tin baru cecah 250 gm. Ahh sudah. Tinggg ketepatannya perlu diuji. So ambik le creamcheese yang bermuatan 250 gm + 10 gm extra. Penimbang tu tunjuk bacaan 200 gm je. Memang sah lagi terbukti bahawa penimbang ni memang tak tepat langsung. Patut le masakan yang terhasil tak macam cikgu2 punya. Alasan. So buat mulai sekarang hanya resepi2 yang menggunakan sukatan cawan @ sudu sahaja yang akan di cuba. Dalam masa yang sama akan survey kitchen scale berkepatan 99.99% dan mampu dimiliki.
~ Masa kecik2 selalu tengok penimbang cam gini kat kedai~
~Selalu nampak kat pasaraya~

~ni pun sama~

~ni tak penah nampak lagi~

~kena beli yang cenggini kut~
~atau yang ini~    

~atau pun yang ini~

3 comments:

hana said...

salam kak... kiter dulu ms anak dara semangat nk blaja msk.. guna timbg yg no 1 tuh! ya rabbi punyer la susah nk timbg gram yg kecik2.. last2 tk jd hapa pong.. pedap trus tk mo msk! hahahaha... kakk, penimbg kiter skrg nih ceconet jerk alhmdulillah leh berbakti pd tuan.. hihihi

Kak Sam said...

Hana besar kecik belakang kira tapi ketepatan dia yg penting. Ye la kalu orang dah terer boleh main agak2 je tapi budak tadika cam akak ni memang tak reti lasung le.

Unknown said...

salam. nk tanya penimbang no dua berapa harga ye?