MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, January 18, 2011

CHOCOLATE CAKE

Assalamualaikum.....
First of all nak minta ampun dan maaf ngan cikgu2 semua sebab anak murid yang ini  telah membuat onar pada resepi yang dikongsikan. Rasanya semua cikgu2 dah buat dah Marble Chocolate Cheese Cake ni. Apalagi anak murid pun semangat le nak mencuba. Biasanya kalau nak makan kek2 cam gini pi SR tapi takleh selalu le kan. Walaupun malam isnin hari tu kepenatan yang amat sangat kerana seharian mem'bibik'kan diri perancangan diteruskan juga sebab semua bahan dah dikeluarkan dari peti ais sejak petangnya lagi. 

Mulakan projek pun agak lewat lebih kurang kul 10 lebih sikit. Masa duk buat sukatan, penimbang disahkan tidak tepat tapi semangat punya pasal projek diteruskan. Dengan berpandukan resepi yang dipaparkan di iPhone kerja-kerja mengekek dijalankan. Abang Long dok kata "mama jangan buat bising boleh tak abang long nak tido ni". Mamanya buat dekkk je. Setelah Bahan A siap dibancuh dan diketepikan resepi dirujuk kembali untuk menyediakan Bahan B. Masa tu terperasan bahawa terdapat kesilapan di dalam bancuhan pertama tadi. Patut le tengok cair semacam je. Fikir punya fikir diputuskan bancuhan Bahan B tidak diteruskan.

Jadi bagaimana pula dengan nasib bancuhan bahan A tadi. Nak masuk tong sampah cam sayang sangat. Jadi buat pandai le dengan menambah sedikit lagi tepung gandum dan terus dibakar. Hampir jam 12 baru selesai. Bangun pagi terus pi rasa ummmppp not bad. So potong dan masukkan ke dalam bekas untuk dibawa ke opis. Sampai kat opis masih ragu2 untuk letak kat pantry. Biasanya kalau bawa bekal memang terus je letak  tapi yang ni letak kat dalam bilik je. Sedang bersiap-siap untuk menghadiri mesyuarat jam 9.00 pagi makcik masuk bilik untuk melakukan kerja-kerja pembersihan. So terus tanya dia. Lebih kurang cam gini le dialognya.

Aku: Makcik saya ada bawa kek tapi macam segan nak letak kat pantry sebab tersilap buat semalam.
Makcik: Tak pe pn letak je. Insyaallah akan ada orang makan. Sayang kalau dibiarkan cam tu je.

So aku pun letak kek tu kat pantry terus pergi meeting. Balik je dari meeting terus dengar ayat ni "waa puan kek tu sedap sungguh le. Terima kasih banyak2". Siap tunjuk tanda bagus lagi. Masa tu terasa terbang diawang2an je. Syukur alhamdulillah bekas telah kosong dan masih terdapat staff yang bertanyakan kek tersebut. Alamak sian le plak. Demi untuk rujukan pada masa hadapan aku kopipes resepi dari dapur izahdaut dan edit sikit. Cikgu jangan marah ye.


RESEPI MARBLE CHOCOLATE CHEESE CAKE
Sumber: Yatie n izahdaut (minta maaf ye)

Bahan A:
  • 250gm mentega
  • 1 1/2 cwn gula halus (gula kastor)
  • 5 biji telor gred A
  • 1/2 cwn serbuk koko *
  • 1 1/2 cwn tepung halus *(saya guna tpng gandum je) - Tambah 1/4 cwn sebab dah terlebih susu
  • 2 sudu kecil baking powder * (bahan * diayak bersama)
  • 1 sudu kecil pewarna coklat/coklat emulco
  • 1/4 cwn susu cair - ni le bahan yang tersilap masuk tu. Aku masukkan 1/2 cwn susu segar

Bahan B:
  • 250 gm cream cheese
  • 3 sudu besar gula halus (gula kastor)
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1 biji telor gred A
  • *saya tambah satu sudu makan parutan kulit oren

Cara-Cara:
  1. Panaskan oven pada suhu 160C. Lenser tin berukuran 8x8x3 inci. Alas dasar tin dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih.
  3. Masukkan telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang dan gula hancur.
  4. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit, berselang seli dngn susu cair hingga habis.
  5. Gaul rata dengan spatula. Dah siap ketepikan dulu.
  6. Dalam mixing bowl lain yang bersih dan kering, masukkan cream cheese, esen vanila dan gula. Putar hingga sebati.
  7. Masukkan telor dan putar hingga gula hancur dan adunan berkrim.
  8. Tuangkan adunan coklat dalam loyang, ratakan.
  9. Tuang pula adunan cream cheese dan ratakan dan buat selang seli hingga habis.
  10. Tuangkan baki adunan coklat(akhir) dan ratakan.
  11. Bakar selama 40 - 45 minit atau hingga masak. Sejukkan atas jaringan sebelum dipotong.
  12. Cucuk dngn lidi kecil/btng satay untuk test kek dah masak ke belum....kalau keluar licin bermakna sudah masak. Sekiranya belum masak, tambah sedikit masa lagi.
Nota: Pengajaran yang diperolehi adalah:
         1. Jangan buat2 rajin kalau badan dah tak larat
         2. Yakin dengan apa yang kita lakukan
         3. Jika nawaitu kerana Allah hasilnya pasti baik. Amin

No comments: