Thursday, January 20, 2011

TERUNG GORENG BERLADA

Assalamualaikum...
Ni le pasangan ikan siakap kukus tengahari tadi. Takut menu tu tak cukup kick, tu yang dipadankan ngan menu cam gini. Tambahan pula teringatkan terung kat dapur mas ari tu. Layan je le resepi kat bawah ni ye.


RESEPI TERUNG GORENG BERLADA

Bahan-bahan
  • 1 biji terung panjang - dikerat 3 dan belah 2
  • 3 biji cili merah*
  • 10 tangkai Cili Api* 
  • 1 labu bawang besar saiz sederhana*
  • 1/2 labu bawang besar di mayang
  • 1 biji Tomato*
  • garam
  • minyak untuk menumis
Cara membuatnya:
  1. Gorengkan terung biar agak layu, angkat dan ketepikan sebentar.
  2. Kisar kasar bahan-bahan yang bertanda *.
  3. Panaskan minyak, masukkan bawang besar yang dimayang tadi goreng sehingga naik bau. Kemudian masukkan  bahan yang dikisar tadi tumis sehingga pecah minyak. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Kacau rata sambal cili ini, angkat dan curahkan ke atas terung yang telah digoreng tadi.

No comments: