MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, January 2, 2011

SUDAHKAH ANDA BERDAFTAR?

Assalamualaikum......
Mesti korang ingat pasal daftar pemilih untuk pilihanrayakan. Jawapan tidak sama sekali. Aku nak citer sikit pasal daftar dengan Tabung Haji (TH) untuk tunaikan Rukun Islam Kelima. 30.12.2010 aku mengambil kesempatan ke TH sebab hari tu aku cuti sempena hari orientasi kat sekolah Alif. Sebenarnya  TH Bayan Lepas dekat je ngan rumah aku tapi ye la hari kerja memang payah  le nak pergi. Sekali bila dah keluar resit  tertulis Tahun Pilihan Tunai Haji 1457 Hijrah/ 2036 Masihi. Nah ambik engko, padan muka aku. Kena tunggu 26 tahun lagi. Tu le masa hubby pergi  pada Tahun 2006 taknak ikut. Hubby plak kalau nak daftar lagi kena tunggu lagi setahun. Jadi aku daftar sesorang je la. 

Syarat-syarat Pendaftaran senang sangat:-

1. Warganegara Malaysia atau Pemastautin Tetap dan beragama islam,

2. Pemohon mempunyai simpanan minima RM1,305.00 dalam akaun TH sebelum mendaftar,

3. Pemohon yang diisytiharkan muflis perlu mengemukakan surat pelepasan untuk menunaikan haji dari jabatan Insolvensi Malaysia (Pejabat Pemegang Harta),

4. Pemohon yang telah menunaikan fardhu haji hanya akan dipertimbangkan untuk menunaikan haji selepas 5 tahun dari tahun akhir menunaikan fardhu haji.

5. Mengikut hukum syara' pemergian jemaah haji wanita ditambah dua syarat lagi:
     i.  Mendapat keizinan suami (jika ada) atau wali
    ii.  Hendaklah ditemani oleh suami atau mahram (orang yang haram bernikah dengannya) atau kumpulan wanita yang thiqah (yang dipercayai dan beramanah)

Jadi kepada semua kaum muslimin dan muslimat segera daftarkan nama anda  di TH setelah jumlah simpanan minima mencukupi. Semoga kita semua diberi peluang untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci dan seterusnya menyempurnakan Rukun Islam yang Kelima. Amin.

No comments: