MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, February 20, 2011

Bawal Sweet Sour

Assalamualaikum..
Sebenarnya ni lauk semalam. Ye la sekarang ni kan selalu siaran tertunda. Kira bizi sangat le konon. Lambat pun tak pe le janji boleh kongsi kat sini. Resepi ni jumpa kat MyR. Itu pun masa pergi kedai nak buat menu lain, tup..tup sampai umah jadi lain plak. Semalam agak kelam kabut gak sebab abg long ada sekolah ganti sebelah petang. Malam tu dia dah cakap ngan baba nak bawak bekal pergi sekolah. Nasib baik nak bawa roti goreng sosej. Kalau diminta makanan yg susah2 mahu 'kencang kirap' mamanya. Apapun tq to minami. Izinkan saya kopipes kat sini yea.

RESEPI BAWAL SWEET SOUR
Sumber: minami133@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 org )
2 keping ikan merah(aper2 pon bole) ~ 1 buat 1 ekor ikan bawal
serbuk kunyit
1/2 bawang besar(dimayang)
2 ulas bawang putih(dimayang)
1 biji cili merah(mayang)
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil garam
2 sudu minyak
1/2 cawan air
mixed vegetables (bole jugak gune)
1 biji tomato  ~ saya tambah

6 biji cili padi kg ~ saya tambah
1/4 biji cili hijau bulat ~ saya tambah
1/4 biji cili kuning bulat ~ saya tambah
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan. Sapu serbuk kunyit dan garam, kemudian goreng.(Boleh juga diganti dgn tepung jagung dan garam. sapu garam pada ikan kemudian tabur tepung rata atas ikan)
  2. Sementara menunggu ikan masak, tumis bawang putih dan bawang besar hingga garing. kemudian masukkan sos cili dan sos tomato. kacau kejap dan masukkan air.masukkan cili besar (semua cili yang ada). masukkan garam dan gula. tunggu kuah menjadi pekat barulah masukkan ikan.. siap!
  3. jika gune mixed vegetables, masukkan ia sebelum masuk ikan.

11 comments:

Ayu Safieza said...

Assalamualaikumwbh kak Sam...:) thank u so much, sudi dropped by my blog. Muehehee...nasi lemak antarabangsa, kwang3, sebab 2 3 market kat doha ni, kami carik daun pandan n santan segar. Ayu pun cam kak sam...sukeeeeee sukan n masak2...and satu lagi I suke makaaaaaaaaaan!!

I am now in doha...back in Msia, I ada small fitness centre utk muslimah shj...now bila dua bulan kat Doha ni, studio fitness ada instructor ganti. I am a mother to a 9 years old boy, org Trganu...married to org kedah:)....hubby kerje kat Doha, n I still belajar gak....tue2 baru nak belajar....but I enjoyed cooking & baking....

Anyway...enough about me.....:) Ayu dah follow kak sam ya..soronok dpt teman baru....err...blog ni pun manyak ebaaat!!! Ikan bawal tu ADA lagi ka? :P..see...ya..

Yat Maria said...

Kak Sam

kita suka makan style ni..tapi pat goreng ikan tu, selalu nak carik mangsa tolong gorengkan dulu..

MZ said...

salam kenalan Kak sam....byk sungguh topping ikan ini..menyelerakan..sy dtg ziarah & follow...silalah jengah ke home cafe sy http://mamamasakdanmakan.blogspot.com/...TQ

K.Nor said...

laaa ada ikan bawal rupanya bawah tu? ingatkan menu sayur td.. duk baca tajuk ikan bawal.. hihi.. kelubung penuh tu... sejuk ek :)

Diana @ Melley Mey said...

Salam kak sam.. terima kasih kerana sudi jenguk2 kat blog diana yer... memang best kalau ikan masak mcm nie kan kak sam.. sedaaap :)

Kak Sam said...

Ayu
Suka le dapay kawan yg ramah cam gini. Ikan tu dah licin. hehehehe sori naik lori

Kak Sam said...

Yat..
musykil le. Napa takut minyak ke? Hehehehe

Kak Sam said...

MZ
Memang suka topping yang melimpah ruah cam gitu.

K.Nor
Biasa le orang suka2 hati memang cam gitu. Ada ikan disebalik ......

Kak Sam said...

Diana..
Sama2 kasih. Hehehehe

Nieza said...

akak, sedapnya! sukalah..:)

Kak Sam said...

Nieza..
Boleh le cuba. Pedas manis masam gitu.