MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, February 21, 2011

OREO RAISIN YOGURT

Assalamualaikum...
Semalam buat stock check kat dalam peti ais tengok yogurt Expired on 20.02.2011. Jadi tanpa berlengah lagi teruskan misi menyelamat. Homework ni dah lama masuk list. Masa budak kecik  tu tayang memang dah pasang niat untuk merasai keenakannya. Bila dah siap memang sedap. Tapi tak boleh selalu takut nanti dagu berlapis cam oreo tu. Tidakkkkk. Mimiey ambik resepi dari Kak Yani MyR. Aku plak kopipes dari alKisahku.
RESEPI OREO RAISIN YOGURT
Bahan-bahan:

  • 200 gm plain yogurt
  • 6 keping biskut oreo
  • 2 sb susu pekat
  • segenggam kismis

 Cara-cara:

1. Ramaskan 5 keping biskut oreo dengan krim. Kemudian campurkan dengan yogurt dan juga susu pekat. Gaul hingga sekata. Masukkan juga kismis.
2. Patah-patahkan pula satu keping lagi biskut oreo. Taburkan pada bahagian atas campuran yogurt tadi.
3. Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan. Jom makan!!!!

13 comments:

Mimiey.. (^-^) said...

nampak yang kak sam punya, mie lak yg xtahan nengoknye...tapi memang sedapkan kak, xpuas makan....

Kak Sam said...

Nak ke. Mai le sini. Nanti akak buatkan spesel untuk mimiey.

MZ said...

k sam....padat lagi dessert akak nih...melimpah ruah kepadatannya dgn oreo & yogurt....cam topping ikan sweet sour...

Chik Mimi said...

Assalam kak sam,akak kerja kat tanjung ka?bubur tu kat tepi gama,kak daiso ade kat QB ka kat belah mana kak?

Nuridah said...

Salam ziarah dan kenal

hmmm nampak sedap gitu...terlepas pandang pulak kat blog mimiey.

Ayu Safieza said...

Kak Sam....alahai...sama lak menu kita ari ni...ayu baru abiskan raw yogurt kat rumah wat manggo yogurt drink.....:) errr....oreo....pergh......sedap tu!!!

Zaliedana said...

Slm ziarah n kenal kak sam,sllu gak jenguk blog akak n dah jdi follower yg ke50.Akak duk kat sg ara kat area mna kak..Sy kat Byan Baru..Kak,sy pun cam cik mimi nak tya daiso kat tgkt bape n area mna di qb tu..

mokwonik said...

woooit ilang lak komen ku!!

mokwonik said...

kak sam , ..mokwo kan gaul2 semua bahan dan biar semalaman dlm fridge, esok baru makan..wallah cedap lagik..sebb biskut tuh dah jadi macam kek dah!!

nOOrsha said...

sedapnye nmpak minuman kat atas nih...ade oreo tu, budak2 mesti suke kan...

Kak Sam said...

MZ...
Kita ni memang suka over cam gitu. Baru best. Hehehe

Chik Mimi & Zaliedana...
Daiso kat tingkat 3, north wing

Kak Sam said...

Nuridah..
tq sudi singgah.

Ayu...
Boleh kongsi resepi tak. Nak try gak

Kak Sam said...

Mokwo..
Setuju sgt2 tu. Semalam saya makan separu. Tadi balik kerja terus sambar separuh. Memang lazat sekali.

Noorsha..
Kat umah ni kita makan sesorang. Bebudak habiskan baki oreo je.